Connect with us

Viral

“Yuran Mahal, Buku Tak Dapat Lagi” Ibu Bapa Merungut Masalah Sistem Sekolah KAFA

Menghantar anak-anak ke sekolah untuk menuntut ilmu memang sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa. Dengan kemudahan yang ada sekarang, banyak jenis kelas yang boleh dihadiri anak-anak yang memfokuskan kepada dunia mahupun akhirat.

Walau bagaimanapun, banyak kelas yang dihadiri, banyak jugalah kos yang perlu dikeluarkan ibu bapa. Contohnya membeli pakaian seragam dan keperluan belajar seperti buku teks.

Baru-baru, Facebook bernama Penang Kini telah membuat satu hantaran di mana ada segelintir ibu bapa yang mengeluh kerana walaupun sudah berbulan-bulan sekolah KAFA dibuka, anaknya masih belum menerima sebarang buku teks.

Menurut waris seorang murid KAFA itu, dia telah menghubungi guru sekolah tersebut untuk bertanyakan mengenai buku teks. Jawab guru itu masalah berpunca daripada jabatan agama yang belum menghantar buku teks kepada pihak sekolah, menyebabkan pembelajaran murid-murid terganggu.
Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai lagi ibu bapa yang mengalami isu yang sama. Masing-masing meluahkan rasa kurang puas hati dengan sistem pengajian KAFA. Kata netizen, walaupun sudah membuat bayaran penuh yang mahal, buku masih belum dapat walaupun sudah hampir hujung tahun.

Posting yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.