Connect with us

Luar Negara

Wartawan Terkejut Dengan Penemuan Unik Mi Segera Indomie Di Lokasi Perang Ukraine

Pada awal tahun ini, kecoh di seluruh dunia tentang perperangan di antara dua negara iaitu Rusia dengan Ukraine. Serangan Rusia ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari 2022, diumumkan sendiri oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Punca kemelut mereka kerana Ukraine ingin menyertai NATO, yang merupakan satu pakatan pertahanan tentera yang dianggotai negara Eropah dan diketuai Amerika Syarikat (AS).

Namun, ada beberapa hal yang menarik perhatian di lokasi perang Rusia-Ukraine di Ukraine baru-bari ini sehingga menjadi tular di media sosial!

Seorang wartawan telah menjumpai sebanyak empat bungkus mi segera keluaran Indonesia yang berjenama Indomie. Mi segera tersebut bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Indonesia, malah jenamanya terkenal!

Menurut agensi berita Rusia, RIA Novosti, wartawannya yang bertugas di lokasi kejadian turut terkejut dengan penemuan luar biasa tersebut.

Difahamkan, rakaman laporan yang dibuat wartawan itu berlangsung di perkampungan Troitske yang terletak tidak jauh dari Bandar Popasna di wilayah Luhansk.

Dalam laporan, wartawan tersebut melaporkan beberapa maklumat sambil menunjukkan ke arah longgokan beberapa bungkusan makanan di atas tanah, termasuklah mi segera itu.

Berdasarkan video yang dikongsi oleh @Jatosint di Twitter, terlihat jelas pada bungkusan mi segera berkenaan perkataan ‘Indomie Instant Noodles, Mi Goreng Pedas’. Lebih menarik, keempat-empat pek itu masih belum dibuka!

Menurut RIA Novosti lagi, keempat-empat bungkusan Indomie itu dipercayai masih baru dan boleh lagi dimakan kerana tarikh luputnya adalah pada 5 Ogos 2022.

Selain Indomie, wartawannya juga menemui beberapa jenama makanan asing dan bukan berasal Ukraine seperti American Chips, British Muesli, waffle dan minuman teh.

Dalam pada masa yang sama, ada juga bungkusan kotak rokok bebas cukai yang ditemui tidak jauh dari lokasi bungkusan Indomie ditemui.

Tweet yang tular di laman Twitter

Untuk makluman, difahamkan sebelum ini tentera Ukraine berkemungkinan terpaksa mengundur dari medan pertempuran di wilayah Luhansk tersebut.

Langkah itu diambil selepas tentera Rusia terus mara bergerak ke wilayah timur setelah perang itu berlangsung selama tiga bulan.

Pengunduran tentera Ukraine itu telah membuatkan Rusia cuba menakluk secara mutlak dua wilayah di Ukraine iaitu Luhansk dan Donetsk.

Gabenor Luhansk, Serhiy Gaidai berkata, tentera Rusia telah memasuki Sievierodonetsk, kota terbesar di Dobas yang masih lagi dipertahankan oleh Ukraine.

Menurut laporan, kira-kira 90 peratus bangunan di bandar itu telah musnah.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.