Connect with us

Semasa

Warga Emas Rugi Lebih RM50K, Ditipu Dengan Batu Delima Serba Boleh Rawat Penyakit

Kes penipuan semakin menjadi-menjadi di negara kita ini. Kini, terdapat pelbagai jenis penipuan yang berlaku misalnya seperti penipuan atas talian, secara pukau dan lain-lain lagi.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang warga emas telah mengalami kehilangan wang simpanan lebih RM 50,000 akibat ditipu tiga lelaki.

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa terpedaya dengan batu delima sakti yang didakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan menyatakan bahawa pada awalnya, mangsa yang berusia 75 tahun itu terserempak dengan seorang suspek di Bandar Jasin, Melaka pada jam 11.30 pagi pada 5 Oktober yang lalu.

Jelas beliau, pertemuan mangsa dengan suspek itu membawa kepada perjumpaan dengan dua orang lagi suspek yang berkongsikan kisah mengenai batu delima sakti yang didakwa boleh mengubati berbagai-bagai jenis penyakit dan penuh dengan nilai yang tinggi.

“Suspek menunjukkan batu delima kepada mangsa dan isteri. Batu itu dikatakan mengeluarkan cahaya ketika direndam di dalam air selain pasangan suami isteri terbabit turut meminum air rendaman itu.

“Kesemua suspek yang menumpang kereta mangsa kemudian mengadakan perbincangan. Dalam perbincangan itu, suspek ketiga bersetuju membeli batu delima itu pada harga RM 320,000.

“Dua lagi suspek kemudian berjanji dengan mangsa kononnya wang jualan itu akan dibahagi sama rata antara mereka bertiga namun memerlukan mangsa mengeluarkan wang untuk diberikan kepada suspek ketiga sebelum pembelian batu itu dilakukan,” jelas beliau berhubung dengan insiden tersebut.

Berdasarkan kenyataan Mispani, mangsa bersama isterinya serta ditemani suspek pertama dan kedua pada awalnya sudah membuat pengeluaran wang daripada akaun isterinya berjumlah RM 4,500 sebelum diserahkan kepada mereka.

“Dari Felda Bukit Senggeh, mangsa diminta ke Tangkak, Johor, bagi membuat pengeluaran daripada akaun miliknya dengan alasan di lokasi itu tidak sibuk sebelum mengeluarkan RM 50,000,” terangnya.

Menurut Mispani lagi, mangsa menyerahkan wang RM 50,000 kepada suspek pertama di Masjid Tangkak dan dia telah diberikan batu delima berkenaan sebelum menyuruh warga emas terbabit menunaikan solat sunat.

“Selepas menunaikan solat Zohor, pasangan suami isteri itu mendapati suspek kedua dan ketiga sudah tiada meskipun menunggu kira-kira 30 minit.

“Mangsa kemudian cuba merendam batu yang diberikan di dalam air dan ia menyala. Ketika keluarkan ia masih lagi menyala menyebabkan mereka baru sedar ditipu,” kata beliau.

Bimbang akan keselamatan mereka, isteri mangsa menyuruh mangsa membuang batu tersebut ke Sungai Jasin setibanya di Bandar Jasin.

“Susulan itu mangsa tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ulas lanjut beliau.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.