Connect with us

Viral

Wanita Hamil Kecewa Kena Minta Tempat Duduk Hari-Hari Dalam LRT

Dalam mana-mana pengangkutan awam mesti akan ada disediakan tempat duduk khas yang dipanggil zon keutamaan. Tempat duduk ini layak diberikan kepada beberapa golongan sahaja seperti OKU, wanita hamil dan orang tua.

Pun begitu, masih ramai pengguna pengangkutan awam bersikap pentingkan diri sendiri dan duduk di zon keutamaan tanpa rasa bersalah walaupun dalam keadaan baik. Mereka turut enggan mengendahkan golongan ini.

Baru-baru ini seorang wanita hamil, Rose telah meluahkan perasaan kurang puas hatinya terhadap segelintir penumpang LRT.

Menurut Rose, dia kecewa kerana setiap kali dia menaiki LRT, dia perlu meminta tempat duduk walaupun sudah terang lagi bersuluh perutnya yang membesar.

Malah sikap segelintir penumpang ini jugalah yang menyebabkan golongan berkeperluan seperti Rose terpaksa berdiri dan berpaut di tiang sehingga sampai ke tempat yang dituju.

Lebih mengecewakan lagi, dia sudah melekatkan tag hamil pada beg miliknya supaya orang ramai melihat akan situasinya yang sedang sarat.

“Apabila duduk di zon keutamaan, kenalah peka dengan keadaan sekeliling dan jangan buat tak peduli sangat.

“Tahu tak penat setiap hari nak minta tempat duduk walaupun pakai tag hamil dan perut besar pun mereka masih buat tak nampak. Orang tua lagilah kesian,” luah Rose di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Rose berharap agar semua penumpang peka dengan memberikan keutamaan tempat duduk kepada mereka yang memerlukan seperti yang tertera pada pelekat di dalam LRT.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata geram melihat situasi itu. Malah ada juga yang mengalami perkara sama seperti Rose yang tidak diberi keutamaan walaupun sedang sarat hamil.

Video yang tular di laman TikTok

@ohroseeeee Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat. Penat tauu hari hari nak mintak seat. Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian 🥲😪 #priorityseat #firsttimemommy #notmeonly #penat #fyp ♬ original sound – ipannnn

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.