Connect with us

Viral

“Blah dengan kau punya halal” Menyamar Jadi Pelanggan Foodpanda, Wanita Curi Makanan Di Hospital Buat Ramai Berang

Isu mengenai makanan yang dipesan melalui aplikasi Foodpanda dicuri oleh ‘pelanggan’ lain bukanlah satu perkara yang aneh lagi. Malah sudah ramai pelanggan Foodpanda di negara ini ‘terkena’ dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu.

Sudahlah mengaku diri sebagai pelanggan yang membuat pesanan makanan, mencuri makanan orang lain pula. Walau bagaimanapun masalah ini agar sukar dibendung. Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan peka dengan indivu-individu sebegini.

Baru-baru tular di Facebook apabila makanan yang dipesan telah ‘disambar’ oleh orang lain yang turut berada di situ. Kejadian dikatakan berlaku di Hospital Seri Manjung sekitar jam 9.30 pagi, Ahad lalu (5 Jun 2022).

Menurut pengadu, dia membuat pesanan makanan menggunakan aplikadi Foodpanda. Sebaik sahaja dia pergi untuk mendapatkan makanan yang dikatakan sudah sampai, rider lesap bersama-sama makanannya yang telah diserahkan kepada ‘pelanggan’ lain.

“Mangsa order makanan dari FoodPanda, bila rider sampai hospital, pencuri dah tunggu siap-siap di depan tempat delivery dan mengaku dirinya sebagai pelangan yang membuat pesanan yang dibayar secara online.

“Tetapi apabila mangsa turun, rider dah beredar. Mangsa terus menghubungi rider, tetapi rider kata pesanan sudah diambil oleh penerima dan mengaku sebagai nama pelanggan yang membuat pesanan. Sedangkan pelanggan yang sebenar tidak dapat makanan,” katanya.

Selepas pengadu mendapat maklumat berkaitan pencuri daripada penghantar makanan dan pengawal keselamatan hospital, pengadu berjaya menemui individu yang mencuri makanannya di dalam wad yang sedang sibuk menjamah makanannya.

“Jumpa kat  dalam wad, siap dah makan makanan dengan muka tak bersalah. Percakapannya amat kurang hajar, tiada adab dan langsung tidak mahu meminta maaf. Ayat terakhir dari pencuri, ‘Pergi blah dengan kau punya halal’,” katanya.

Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan individu terbabit. Bukan sahaja biadap, secara tidak langsung mencemarkan imej wanita bertudung.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.