Connect with us

Viral

Viral Wanita Maki Anak Dalam Bas, Rupanya Stress Suami Masuk Lokap & Dihalau Mertua

Beberapa hari yang lepas tular sebuah video dimana seorang gadis merakam aksi seorang penumpang di dalam bas yang memukul dan maki hamun anaknya sehingga hampir 8 jam. Perkara tersebut bagaimana pun dileraikan oleh seorang anggota polis yang juga penumpang bas itu.

“I naik bas then ada seorang mak dengan 3 anak ni, tak habis-habis sumpah seranah anak dia, suara makcik tu je bising sepanjang jalan..”

“Mengucap i dengar mak dia sumpah seranah anak2 dia, sedih. The fact that anak dia kecik2 lagi, dia siap boleh cakap ‘kalau aku tumbuk muka kau berdarah nanti’ , ‘kau ni bodoh perangai bangsat’, ‘kau tu anak haram’” ujar wanita ini.

Kisah tersebut bagaimana pun telah tular di laman Facebok, Whatsapp, TikTok dan Twitter dan siapa sangka disebalik isu tersebut terdapat satukisah yang sangat menyayat hati.

Menerusi perkongian panjang lebar seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shira Ira, dia mendedahkan bahawa wanita tersebut sebenarnya berada dalam keadaan sangat tertekan.

Dia telah dihalau oleh ibu mertua dari rumah selepas suaminya dimasukkan ke dalam lokap atas kesalahan dadah apatah lagi ibu mertuanya itu tidak suka akan anaknya yang merupakan hasil perkahwinan pertama.

Wanita itu juga mengakui sangat malu apabila mengetahui videonya telah tular di laman TikTok kerana dia sayang akan anaknya namun disebabkan masalah yang dihadapi, dia tidak dapat mengawal sabarnya bahkan tidak sedar melakukan sedemikian.

Bagaimana pun kini dia sudah berada di Kuala Lumpur dan merancang untuk mencari pekerjaan serta tempat tinggal untuk membesarkan anak-anaknya.

Jadi, di akhir penulisan panjang lebar Shira Ira, dia memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan wanita itu serta anak-anaknya.

Dia juga berharap supaya netizen menghentikan kecaman kepada wanita berkenaan kerana kita tidak berada di tempatnya kini.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta agar perkara ini tidak dipanjangkan dan tidak mengecam gadis yang merakam situasi di dalam bas tersebut kerana mungkin tanpa gadis tersebut, tiada yang membantu wanita ini.

Perkongsian Shira Ira:

Video yang tular sebelum ini:

@amethystnb_to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar 🥲 anak anak tk berdosa ya

♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

@amethystnb_seriau ye 8 jama tak aman. we got 2 hours more to sampai temerloh 🥲

♬ original sound – Qissy

@amethystnb_seram ye 🥲🙏🏻 i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.

♬ original sound – Qissy

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.