Connect with us

Semasa

[VIDEO] Lebih 1KM Panjang, Penang Buka Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia

Berita baik buat penggemar aktiviti lasak dan taman tema air, gelongsor terpanjang di dunia akan mula dibuka di Pulau Pinang pada bulan Ogos ini.

Taman tema Escape yang terkenal dengan aktiviti lasak telah membina gelongsor air sepanjang 1.14 kilometer!

Menurut sumber, ia akan mula dibuka kepada semua peengunjung pada bulan Ogos tahun ini juga.

Dengan ketinggian 70 meter, gelongsor air Escape ini akan menghapuskan rekod gelongsor air di New Jersey, Amerika Syarikat yang memliki panjang 0.6 kilometer.

Wakil daripada Guinness World Record juga akan hadir bagi mengesahkan rekod yang dicipta ini.

Pastinya gelongsor ini akan menjadi daya tarikan terbaru pelancong untuk datang ke Pulau Pinang.

jadi jika anda merancang untuk ke Penang bulan Ogos nanti, jangan lepaskan peluang untuk menjadi di antara orang terawal bermain permainan ini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.