Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Epit, Gemuk Air, Amin Korea kena angkut polis”

Memasuki hari ke tujuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, masih ada yang ingkar dan berkumpul tanpa sebab.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, sekumpulan penduduk PPR didakwa telah ditahan pihak berkuasa kerana berkumpul melepak di bawah flat.

Perkongsian video tersebut menjadi viral kerana nama ‘unik’ mereka yang ditahan menjadi perhatian netizen.

Apat, Epit, Gemuk Air, Amin Korea

Malah, pengguna Facebook  Datuk Yusran yang berkongsi video tersebut turut memberikan cadangan tentang apa yang berlaku di PPR.

“PPR Kg Kerinchi dah macam Pesta Covid 19 meraikan budak2 melepak bawah blok E dgn Guitar kena angkut polis

“Mohon Yb Menteri yang bertanggungjawab bertindak segera sebelum terlambat…

“PPR dan PPA adalah TimeBomb yang boleh melumpuhkan seluruh Jentera Kerajaan dan Kerajaan Tumbang..

“Mohon MKN dan Kementerian yang bertanggungjawab buat tindakan lanjut dengan segera dan serious..

“This kluster sangat penting untuk kerajaan jaga dalam MCO kerana ruangan yang sempit dan kepadatan yang tinggi dalam kejiranan mereka.

“Rumah mereka berkeluasan 550 kaki persegi – 650 kaki persegi manakala purata isi rumah pulak sekitar 7 orang dalam satu rumah.

“Ada 316 unit dalam satu blok PPR dan kebiasaannya ada 5 – 10 blok atau lebih dalam sesuatu kawasan.

“Dalam ertikata lain ada 2,212 orang dalam satu blok PPR dan jika satu kawasan ada 10 blok jumlah kluster yang akan terdedah kepada wabak covid 19 adalah melebihi 20 ribu orang dan ada lebih 40 kawasan PPR dan PPA seluruh Malaysia.

“Ini benda serious untuk MKN tengok kerana kalu tidak sistem koyak, pesakit bertambah dan Kerajaan jatuh.

“Mohon dicadangkan :-

“Management Corporation (MC) /Badan Pengurusan (BP), KRT, SRS membantu Kerajaan dalam kerja-kerja pemantauan kerana Polis/Tentera/Rela tidak mampu..

“Bantuan MC,BP, KRT, SRS dll sangat diperlukan untuk buat 24 jam pemantauan kerana Polis/Tentera tak mampu..

“SOP yang dipikirkan adalah :-

1) Daftarkan Petugas yang bertanggungjawab ..

2) Sediakan pakaian dan peralatan yang sesuai.

3) Hotline untuk Petugas buat Report..

“Moga Sumbangan Kecil ini dapat membantu Kerajaan Cegah Covid 19

“Budak Flat Bangun.

“JOM bagi idea dan cadangan macam mana kita boleh bantu Masyarakat untuk kawal Covid 19.”

 

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.