Connect with us

Semasa

[VIDEO] Akad Nikah ‘Online’ Pertama di Malaysia

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia, hari ini. Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz. Majlis diadakan 10.10 pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, […]

Hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mencipta sejarah baru apabila melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia.

Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan pasangan pengantin Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz.

Bertempat di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, majlis telah diadakan pada 10.10 pagi tadi di rumah pengantin perempuan manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa.

Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.

Dr. Zulkifli berkongsi khabar gembira itu menerusi Facebook miliknya sebentar tadi..

MAJLIS AKAD NIKAH DALAM TALIAN (ONLINE) PERTAMA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

“Alhamdulillah, dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, Majlis Pernikahan Muhammad Don Haadi bin Don Putra dan Nahdatul Aishah binti Mohd. Shariff selamat dilangsungkan secara dalam talian (online).

“Menariknya, tempoh masa yang di ambil kurang dari 15 minit. Usaha ini selari dengan keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang membenarkan majlis akad nikah secara dalam talian.

“Selamat Pengantin Baharu Don Haadi dan Nahdatul Aishah. Moga berbahagia hingga ke syurga.

“Saya ingin mengucapkan tahniah atas insiatif JAWI dan semua pihak yang terlibat dalam majlis yang bersejarah ini.”

Dr. Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga itu.

Malah, tambahnya lagi, usaha baik itu adalah bagi menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Terdapat juga negara lain yang melaksanakan nikah secara dalam talian ekoran penularan COVID-19 seperti Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.