Connect with us

Viral

“Upin dan Ipin Tak Besar2” Video Dua Beradik Ini Menangis Sebab Diejek di TikTok Jadi Perhatian

Bagi sesiapa yang selalu menonton video di TikTok dan sering mengikut trend-trend terbaharu mesti kenal dengan sound yang berbunyi “Upin dan Ipin tak besar-besar…”.

Lagu yang direka oleh seorang budak lelaki itu telah mencuit hati ramai malah ramai yang menggunakan sound tersebut di dalam video mereka!

Terbaharu, produksi cerita kanak-kanak terkenal Upin dan Ipin iaitu Les’ Copaque telah memuat naik sebuah video yang mengundang dekah ramai!

Video tersebut memaparkan Upin dan Ipin berlari sambil memangis kerana diejek tidak membesar oleh budak lelaki tersebut.

Lagu itu dimunculkan oleh budak lelaki yang ingin dikenali sebagai Nasi Goreng UFO adalah kerana pada setiap musim baharu, setiap watak di dalam cerita Upin dan Upin tidak bertambah usia.

Upin dan Ipin yang tidak membesar, Kak Ros masih belum kahwin, Opah panjang umur dan kepala Upin Ipin tetap lagi botak.

@nigorengorangode #viral #ESEKELI#fyp ♬ original sound – MUHAMMAD RAYYAN FATH BIN MOHD RE – nasigorengufo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak menyangka pihak Les’ Copaque akan perasan dengan sound berkenaan dan menggunakannya!

Malah, mereka berpendapat ejekan dalam lagu yang dihasilkan ini lebih sakit daripada ejekan Fizi kepada dua beradik botak tersebut!

Bagaimanapun, Les’ Copaque tidak melenting dengan lagi rekaan sendiri berkenaan dan mengambil ia sebagai peluang untuk berkomunikasi dan mendekati para peminat.

Video yang tular di laman TikTok

@upinipin.officialKan comel kalau sentiasa macam ni~♬ original sound – MUHAMMAD RAYYAN FATH BIN MOHD RE – nasigorengufo

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.