Connect with us

Viral

‘Unsung Hero’ Pelajar Hebat Bantu Keluarga & Sanggup Tolak Tawaran MRSM, Kini Menjadi Anak Angkat Pertama Kedah FC

Tidak semua insan di dunia ini dilahirkan dalam kehidupan yang senang dan mewah. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka mengharungi kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

iospital phone repair gombak

Memetik laporan MStar, seorang pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, Kedah, Nurfatin Hanis Abdullah yang menempuh kehidupannya sebagai seorang pelajar dan jalankan tanggungjawabnya untuk membantu keluarga.

Namun begitu, halangan yang ditempuh olehnya tidak pernah melemahkan semangatnya dalam meneruskan kehidupannya.

Bahkan, Nurfatin juga pernah berjaya mendapatkan tempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan tetapi tidak dapat diteruskan kerana keadaan keluarganya yang tidak begitu mengizinkan.

Nurfatin merupakan anak sulung daripada empat adik beradik, manakala bapanya lumpuh sebelah badan sejak awal tahun ini dan ibunya pula menghidap depresi.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Facebook pemilik baharu Kedah FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar, menyatakan bahawa adik Nurfatin ini merupakan anak angkat pertama Kedah Darul Aman FC.

Difahamkan, Nurfatin mengambil tugas dalam menghantar dan mengambil adiknya di sekolah, dan dia kadangkala terpaksa ponteng kelas.

“Kadang-kadang Nurfatin tidak dapat hadir ke sekolah. Kenapa? Terpaksa hantar ayahnya buat fisioterapi. Apa-apa pun Nurfatin tetap cemerlang dalam pendidikan. Ibunya juga tidak sihat,” tulis Mohd Daud dalam hantarannya.

Pengetua SMK Sik, di mana Nurfatin bersekolah, menerangkan bahawa Nurfatin seorang pelajar yang bijak membahagikan masa.

“Dia sedar dia ada tanggungjawab kepada keluarganya di rumah. Jadi dekat sekolah memang dia fokus dan tak main-main. Semua kerja sekolah dia selesaikan terus tanpa berlengah.

“Keadaan rumahnya sangatlah tak kondusif. Bilik tak ada. Memang satu keluarga akan duduk berkumpul dekat tengah rumah. Nak belajar pun tak ada privacy.

“Tidak dinafikan Nurfatin adalah seorang pelajar yang sangat pandai. Dalam batch dia ada 151 pelajar dan dia dapat tempat ke-3 dalam peperiksaan pertengahan tahun.

“Dengan kekangan yang dia ada tetapi masih mampu dapat pencapaian yang cemerlang. Sebab itu saya letak nama Nurfatin untuk diberikan penghormatan ini,” jelas pengetuanya itu dengan perasaan bangga terhadap Nurfatin.

Dikatakan, makanan di kantin disediakan oleh pihak sekolah secara percuma untuk pelajar ini dalam kos antara RM 2.50 hingga RM 4.80 setiap hari.

Semenjak bapa Nurfatin diserang strok, dia tidak dapat lagi mengerjakan kerja-kerja kampung untuk mencari rezeki buat kehidupan keluarganya dan hanya mampu bergantung kepada bantuan sebanyak RM 300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Alhamdulillah, kini Nurfatin berpeluang mengubah nasib hidupnya apabila Kedah Darul Aman FC bersetuju membiayai kos pembelajarannya sebagai anak angkat mereka.

Mohd Daud berkata bahawa air matanya berlinang membayangkan kecekalan pelajar itu, ketika turun padang melawat rumah Nurfatin pada Ahad lalu.

“Kelopak mata saya terasa berat. Air mata halus mula menolak keluar. Saya datang ke sebuah rumah yang berlubang-lubang tapi berjumpa seorang hero hebat. Unsung hero.

“Fatin, kami dari pasukan bola sepak Kedah Darul Aman ingin mengambil Fatin sebagai anak angkat. Kami akan tanggung perbelanjaan Fatin sampai SPM,” terang beliau lagi.

 

Hantaran Facebook tersebut:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.