Connect with us

Luar Negara

United Kingdom Jalani Percubaan Kerja Empat Hari Seminggu

Sebuah negara yang sibuk, United Kingdom sedang berada dalam fasa percubaan untuk bekerja selama empat hari seminggu. Program enam bulan yang melibatkan ribuan pekerja di 70 syarikat di Britain akan menjadi usaha terbaru untuk menilai kesan minggu kerja yang lebih singkat.

Beribu-ribu pekerja di 70 syarikat di Britain memulakan hari pertama empat hari seminggu bekerja pada hari Isnin, program perintis yang merupakan ujian terbaharu dalam usaha selama beberapa dekad bertujuan mengurangkan waktu pekerja sementara mereka memperoleh jumlah gaji yang sama.

Percubaan selama enam bulan itu dianjurkan oleh NGO 4 Day Week Global dan 4 Day Week UK Campaign, dan Autonomi. Penyelidik di Universiti Cambridge, Universiti Oxford dan Kolej Boston akan menilai kesannya terhadap produktiviti dan kualiti hidup dan akan mengumumkan keputusan pada 2023, kata penganjur dalam satu kenyataan.

Program di Britain mengikuti usaha yang sama di negara lain, termasuk Iceland, New Zealand, Scotland dan Amerika Syarikat, di mana syarikat telah menerima fleksibiliti yang lebih besar dalam waktu kerja apabila lebih ramai orang bekerja dari jauh dan menyesuaikan jadual mereka semasa pandemik.

“Empat hari seminggu biasanya dianggap sebagai dasar dividen tiga kali ganda – membantu pekerja, syarikat dan iklim. Usaha penyelidikan kami akan menggali semua ini,” kata Juliet Schor, profesor sosiologi di Boston College dan selaku ketua penyelidik bagi program ini.

Pengasas bersama Pressure Drop Brewery di utara London, Sam Smith dan antara salah satu syarikat yang mengambil bahagian dapati ini merupakan “masa yang baik” untuk syarikat itu mencuba amalan kerja yang berbeza.

“Pandemik ini membuatkan kami banyak berfikir tentang kerja dan cara orang mengatur kehidupan mereka,” katanya kepada BBC.

Dalam program yang dianjurkan ini, majikan dan pekerja akan mempunyai akses kepada kepakaran, alatan dan sumber seperti bengkel dan bimbingan yang diperlukan untuk menjalaninya dengan lancar sehingga akhir tahun ini.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.