Connect with us

Viral

Unboxing ‘Hadiah’ Di Sekolah, Pelajar Terkedu Tengok Barang Dibeli Guru

Waktu sekolah dulu mesti selalu nampak pelajar lelaki sering menjadi target guru displin disebabkan rambut panjang mereka, kan? Disebabkan melanggar peraturan, terpaksalah rambut pelajar tersebut dipotong dengan gunting oleh guru.

Bila diingat semula memang kelakar. Pelajar lelaki memang terkenal dengan keengganan memotong rambut kerana ingin tampak bergaya di sekolah.

Sama seperti yang berlaku di SMK Dato’ Mustaffa di mana seorang guru lelaki telah memuat naik sebuah video di TikTok yang memaparkan dia sedang unboxing sesuatu barang yang dibeli ‘khas’ buat pelajar sekolah itu.

Dalam video yang dikongsikan oleh @idijohan_angklung_,  dia sengaja membuat unboxing barang yang dipanggil ‘hadiah’ semasa perhimpunan kerana ramai pelajar yang berada di hadapannya agar senang bagi pelajar melihatnya.

Kedengaran suara keterujaan ramai pelajar yang tertanya-tanya dan ingin tahu ‘hadiah’ apakah yang dibeli oleh guru tersebut. Rupa-rupanya, guru itu membeli mesin pemotong rambut untuk pelajar lelaki yang berambut panjang!

Video berdurasi 1 minit 43 saat itu telah meraih tontonan sebanyak 1.7 juta serta mendapat 196.5 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengimbau kenangan ketika di sekolah dahulu. Dalam pada yang sama mereka memuji inisiatif guru ini yang memberi amaran terlebih dahulu sebelum ‘menebas’ rambut pelajarnya.

 

Video yang tular di laman TikTok

@idijohan_angklung_Beli barang online.. unboxing di rumah ❌.. unboxing di sekolah ✅♬ original sound – Idi Johan

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.