Connect with us

Politik

UMNO Tolak Bekerjasama Dengan Bersatu, Anggap Seperti ‘Musuh Dalam Selimut’

Semakin kita hampir dengan tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), semakin banyak pandangan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik di negara kita ini.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Kosmo, dilaporkan tindakan UMNO menolak untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah disebabkan bagi mengelakkan kemudaratan yang besar.

Berdasarkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat bukan bersifat individu, malah dibuat berlandaskan kata sepakat daripada pimpinan dan ahli-ahli UMNO yang lain.

Difahamkan tindakan tersebut dibuat adalah disebabkan Bersatu itu ditubuhkan dengan hasrat untuk menamatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

“Apakah rasional UMNO diasak dan didesak supaya bersama musuh dalam selimut?” terangnya.

Katanya, usaha memecah belah itu bermula dengan kewujudan parti politik disebabkan krisis tamak kuasa bermula dengan PKR, kemudian wujudlah parti politik Bersatu, PAN dan Pejuang yang menyumbang kepada perpecahan.

“Para pimpinannya malah pernah bersengkongkol dengan DAP yang mereka sendiri labelkan tidak selari dengan Melayu.

“Rela dipergunakan untuk memecahahbelahkan ummah demi memenuhi kehendak dan cita-cita peribadi,” tulisnya dalam hantaran yang telah dimuat naik di akaun Facebooknya.

Selain itu, beliau turut menafikan bahawa parti itu memecahbelahkan ummah.

Bagi Zahid, tohmahan itu sangatlah tidak tepat kerana UMNO sendiri yang memayungi penyatuan ummah.

“Agenda itu malah terkandung rasmi dalam perlembagaannya demi agama, bangsa dan negara. Seterusnya diharmonikan dalam sebuah gagasan besar milik rakyat BN.

“UMNO, MCA, MIC, PBRS dan ‘Friends of BN’ bermuafakat dengan prinsip bangsa Malaysia saling menghormati. Inilah jua asas yang kukuh memupuk kestabilan dan kemakmuran Malaysia selama ini,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, UMNO dan BN malah membentuk sebuah gabungan rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama.

“Tidak pernah memecahbelahkan kesatuan ummah, tidak pernah pernah jua merobek penyatuan bangsa Malaysia.

“Justeru, pada PRU-15 pengundi harus berani menilai erti kestabilan dan kemakmuran dalam menetapkan pilihan.

“Usah terkilaf membuat penentuan kerana penyatuan ummah dan rakyat Malaysia kini terletak di tangan anda,” ulas lanjutnya.

Hantaran Zahid Hamidi:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.