Connect with us

Politik

“UMNO boleh menang” Petik Kenyataan Tapi Tak Lengkap, Dr Mahathir Selar Tindakan Zahid Hamidi

Usai pengumuman pembubaran Parlimen pada hari semalam, Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) sah akan diadakan pada tahun ini. Berikutan itu, ramai ahli politik daripada parti mereka hadir mengeluarkan pendapat masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Astro Awani, bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa UMNO hanya akan menang apabila pengundi mereka mendapat sogokan dalam PRU15 yang akan datang.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir turut menyelar tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Presiden UMNO, yang memetik kenyataan beliau tanpa memperincikan keseluruhan konteks.

“Zahid (Hamidi) kata, saya kata UMNO akan menang, tetapi dia tidak teruskan dengan apa yang menyusul kenyataan itu yang mana saya cuma kata UMNO akan menang kerana mereka akan sogok wang kepada pengundi.

“Jadi jika kali ini pengundi menolak wang daripada UMNO, UMNO tidak akan menang dan sebaliknya saya yakin pengundi sekarang sedar akan keburukan UMNO dan mereka tidak akan mengundi bagi pihak UMNO dan kenyataan saya ialah UMNO akan kalah,” jelas beliau.

Difahamkan pada Isnin yang lalu, Zahid Hamidi menyatakan bahawa Dr Mahathir sepatutnya sedar akan bilangan pengundi yang majoritinya berbangsa Melayu akan kembali ke UMNO.

Dakwa Zahid, hal ini boleh berlaku disebabkan pengundi sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan pada PRU14 yang lalu.

Dikatakan, Zahid Hamidi juga telah meminta seseorang untuk menasihatkan Dr Mahathir agar berhenti melemparkan kata-kata yang memperlekehkan kejujuran dan kebijaksanaan orang Melayu.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir selaku Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), pula menegaskan bahawa perjuangan yang dilakukan oleh beliau bukan untuk parti, malah untuk membela nasib dan masa depan orang Melayu.

“Kalau parti lari daripada dasar untuk memelihara orang Melayu, saya tidak sokong sebab itu saya keluar daripada UMNO kerana UMNO sudah menyeleweng,” tegas Dr Mahathir berhubung dengan isu tersebut.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.