Connect with us

Semasa

UiTM Bina Portal Rumah Sewa, Bantu Atasi Masalah Kekurangan Kediaman Pelajar

Kebelakangan ini, isu kekurangan kediaman pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) riuh diperkatakan terutamanya di media sosial. Berikutan masalah ini, ramai pelajar yang terkesan seperti sukar untuk mencari kediaman lain dan menambah masalah kewangan yang sedia ada.

Menerusi laporan Kosmo, beberapa langkah telah diambil oleh pihak UiTM bagi mengatasi masalah kekurangan kediaman pelajar-pelajar di situ.

Antara langkah yang diambil ialah pihak mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa, dan hal ini diwujudkan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu tersebut.

“UiTM amat prihatin dan mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa susulan isu sukarnya mahasiswa mendapatkan rumah sewa terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan kampus.

“Kita sedang mencari resolusi terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapat rumah sewa,” terangnya.

Selaras dengan itu, institut pengajian tinggi itu juga menyatakan bahawa sebuah portal rumah sewa telah diperkenalkan untuk memudahkan urusan mahasiswa bagi mendapatkan rumah sewa.

Bukan itu sahaja, mana-mana pihak yang ingin menyewakan rumah mereka kepada penuntut UiTM juga boleh mengiklankan kediaman di laman sesawang berkenaan di http://nr.uitm.edu.my.

“Kami kini telah menyediakan 107,000 penempatan di kolej kediaman, dengan menawarkan 34,000 tempat kepada pelajar baharu bagi peringkat pembelajaran Diploma serta Ijazah Sarjana Muda.

“52,000 tempat pula diberikan kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang membuat rayuan untuk tinggal di kolej kediaman,” ulas lanjut beliau.

Berdasarkan kenyataan UiTM, melalui sistem e-Rayuan Kolej, pelajar boleh membuat permohonan rayuan kolej secara atas talian yang telah dibuka pada 13 September dan bakal berakhir pada 23 September.

Difahamkan, keputusan rayuan dijangka bakal diumumkan pada 28 September akan datang.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.