Connect with us

Politik

Tun M Respon Dakwaan Zahid Hamidi, Nafi Simpan Dendam Sejak 26 Tahun Lalu

Bukan suatu perkara luar biasa, setiap negara mempunyai kemelut politik yang tersendiri yang melibatkan ahli-ahli politik di negara masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Sama juga dengan kisah baru-baru ini di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau menyimpan dendam berpanjangan terhadap Presiden Umno, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tun M menyatakan sejarah telah membuktikan bahawa beliau sentiasa bersikap terbuka terhadap musuh politik, bahkan beliau turut melantik penentangnya itu menganggotai kabinet.

“Saya tak ada perasaan dendam terhadap Zahid. Kalau saya seorang yang berdendam, orang yang menjadi musuh kepada saya tidak akan dapat tempat (dalam kabinet).

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika diminta mengulas kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa Tun M berdendam dengannya sejak 26 tahun lalu ketika berucap dalam Majlis Santai Bersama Penduduk Perumahan Awam Bagan Datuk pada hari semalam.

Sebelumnya, Tun M yang juga merupakan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) meluangkan masa selama 20 minit meninjau proses pengundian awal dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Langkawi.

Tun M memaklumkan sepanjang berkempen pengundi dilihat memberi sokongan positif terhadap GTA, selepas diminta untuk mengulas sokongan pengundi terhadap GTA menjelang PRU15 nanti.

“Ke mana saya pergi dan berucap, ramai orang datang dan mereka kelihatan mesra selain melaungkan ‘Hidup Pejuang’ yang bermakna ada orang sokong kita.

“Ada tempat yang saya pergi secara mengejut dan tidak beritahu terlebih dahulu, tapi ramai orang berkumpul dan nyatakan sokongan terbuka kepada GTA,” ujar lanjut beliau.

Sekadar info, Tun Dr Mahathir Mohamed ini pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.

Secara tidak langsung menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.