Connect with us

Viral

Tular Video Kereta Myvi Diterbalikkan Orang Ramai, Dipercayai Akibat Ejek & Langgar Penghantar Makanan

Kadar kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan penunggang motosikal semakin meningkat tahun demi tahun. Oleh itu, kita sebagai pengguna jalan raya haruslah mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan dan kehilangan nyawa.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi diterbalikkan oleh orang ramai.

Difahamkan menerusi laporan Kosmo, mereka bertindak sedemikian kerana mereka diejek pemandu kereta tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dengan insiden tersebut yang dilaporkan berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak menyatakan bahawa bermula pukul 10.45 pagi pada hari ini, kesemua suspek telah ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan di Jalan Bunga Raya, Masai dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai.

Terang Sohaimi, antara tertuduh yang ditahan berusia antara 17 hingga 24 tahun.

“Dalam kejadian berkenaan, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil.” ulas Sohaimi.

Kata seorang saksi yang dikenali sebagai Akmal, 26, memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 10.15 malam tadi.

Kejadian tersebut dikatakan bermula apabila pemandu Myvi itu melanggar lampu merah ketika berada di simpang empat Jalan Kota Masai 2.

“Kereta berkenaan tidak berhenti dan terus mengambil selekoh, pada masa sama penunggang motosikal terbabit sedang berjalan terus dengan agak laju.

“Kedua-dua kenderaan gagal mengelak menyebabkan mereka bertembung. Akibat itu, penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan mengalami kecederaan patah kaki.

“Pemandu itu cuba melarikan diri tetapi laluan terhalang menyebabkan dia memasuki stesen minyak berhampiran, sebelum dia dikerumuni orang ramai,” jelas Akmal.

Menurut Akmal lagi, tidak lama selepas itu terdapat dua kereta peronda polis tiba di lokasi kejadian dan membawa pemandu kereta itu ke kereta peronda polis bagi memastikan keselamatannya.

“Namun apabila berada di dalam kereta peronda polis, pemandu terbabit bertindak mengejek orang ramai menyebabkan mereka berasa geram dan marah.

“Itu punca segelintir pihak bertindak memecahkan cermin tingkap kereta berkenaan menggunakan topi keledar sebelum beberapa individu lain menterbalikkan kereta itu,” katanya.

Tambah Mohd. Sohaimi, ketiga-tiga suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Buat waktu ini, polis masih menjalankan operasi untuk menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kejadian rusuhan berkenaan.” ulas lanjut beliau.

 

Video yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.