Connect with us

Semasa

Tular Video Gaduh Seakan Bawa ‘Senjata’, Kenaikan Sewa Rumah Punca Perbalahan

Hari demi hari, kos sara hidup semakin meninggi sehingga meninggalkan pelbagai impak terhadap diri orang ramai. Sehinggakan mampu menimbulkan tekanan dalam diri lantas melakukan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan.

Menerusi suatu klip video yang tular di laman Facebook, suatu insiden pergaduhan yang berlaku di Pasir Mas telah dirakamkan.

Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada pertikaian mengenai kenaikan sewa rumah antara pemilik dan penyewa.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir menyatakan bahawa maklumat tersebut berdasarkan hasil siasatan lanjut yang telah dilakukan terhadap individu yang terlibat dalam pergaduhan itu.

“Penyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, namun gagal berbuat demikian menyebabkan berlaku pertikaian dan pergelutan antara kedua-dua belah pihak.

“Kedua-dua belah pihak yang terlibat telahpun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi memberi keterangan lanjut dan menyelesaikan pertikaian tersebut,” terang Nasaruddin.

Difahamkan, kedua-dua belah pihak yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan serius ekoran kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu.

Menurut Nasaruddin, dengan hasil perbincangan yang telah diadakan, kedua-dua belah pihak akhirnya mengakui kesilapan masing-masing dan tidak berhasrat untuk meneruskan kes dan mahu menyelesaikan secara baik.

Beliau turut menaishati orang ramai agar jangan menyebarkan sebarang berita atau perkara yang tidak pasti dengan mudah.

Hal ini perlu dihindari bagi mengelakkan sebarang kebimbangan dan salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya terdapat maklumat berhubung sesuatu insiden jenayah, orang ramai diminta supaya menghubungi IPD Pasir Mas ditalian 09-793 2222 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut,” ulas lanjut Nasaruddin berhubung insiden tersebut.

Tambahan info, Nasaruddin turut menyatakan bahawa pergaduhan yang tular itu tidak melibatkan apa-apa senjata sebagaimana yang didakwa di laman Facebook.

Oleh hal demikian, kita sebagai pengguna media sosial haruslah tidak menyebarkan berita yang kurang pasti akan kesahihannya kerana ianya mampu menyukarkan kerja-kerja siasatan yang bakal dilakukan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mencemuh tindakan individu yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang tidak berpuas hati kerana mereka yakin melihat individu yang terlibat itu menggunakan senjata ketika pergaduhan tersebut berlaku.

Antara komen netizen:

“Klu lah yg dipukul itu meninggal disebabkan senjata yg dibawa kes dah jd lain…fikir la seblm bertindak nnti menyesal x ada guna…”

“Lepas tu, objek apa yang dtarik keluar dari dalam kereta honda bwana putih, adakah itu penyapu lidi. 😅😅😅”

 

Video yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.