Viral
Tular Rakaman Video Lelaki Pukul Terajang Remaja Perempuan Undang Kemarahan Warga Netizen

Setiap insan ada masalah tersendiri, akan tetapi percayalah ‘angkat tangan’ bukan satu tiket untuk menyelesaikan masalah.
Baru-baru ini tular suatu video di laman sosial yang memaparkan seorang lelaki memukul dan menerajang seorang perempuan bertubi-tubi.
Apa yang paling melampau, remaja perempuan itu juga dipukul libas di kepala dengan menggunakan selipar.
Menerusi video yang dimuat naik itu, suara rintihan perempuan itu kedengaran menahan kesakitan.
Kelihatan perakam video tersebut juga hanya merakam sahaja kejadian tersebut sambil bergelak tawa di belakang tabir.
Difahamkan, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai lokasi kejadian berkenaan dan punca kejadian tersebut boleh berlaku.
Ketika artikel ini ditulis, rakaman video tersebut telah menerima 14.1K retweets, 8.8K quote tweets, dan 20.5K likes.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen bersimpati dengan situasi yang menimpa gadis berkenaan yang merintih-rintih berada dalam kesakitan sambil dipukul oleh lelaki ‘dayus’ tersebut.
Bukan itu sahaja, rata-rata warganet meluahkan rasa geram mereka terhadap perbuatan lelaki itu dan berharap agar info lanjut mengenai lelaki tersebut dapat diketahui segera.
Antara komen netizen:
“astagfirullah😭😭 kejamnye lalaki tu..🤬”
“Allahu, aku shaking betul tengok video macam ni. Tak guna punya lelaki, kau takde hak nak pukul anak orang macam tu”
“Aku pantang betul la jantan pukul perempuan ni. Kau binatang sial, kau kat dunia ni untuk lindung perempuan tau bukan pukul!”
“Si rakam pun bodoh, si pukul pun bodoh. Dpt tangkap dik baru kena kicap kat dunia, akhirat kau jawab lagi, tukang gelak pun kena jawab tau sial. Org tgh sibuk cari pahala, kau buat dosa. Mat lu bagus sgt dtg jumpa depan2 mat. Jgn sorok mcm anjing, agama tak pernah ajar camni tau”
“sila cari budak mental ni, kecik² dah pndai pukul perempuan, belum khawin dah pukul². geram pulak aku . try belasah balik tengok. 🔥🤬”
Video yang tular:
Anyone ada more info on this? Please respond if you do 😰 pic.twitter.com/1aAGA44M6h
— Neelofa (@Neelofa) October 30, 2022