Connect with us

Semasa

Tular Rakaman CCTV Wanita Mirip Zalina Azman, Sempat Buka Mask Di Hotel

Kehilangan bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Shaharah Azman sejak November 2021 telah mendapat perhatian ramai sejak beberapa hari lalu setelah pihak polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan.

Baru-baru ini juga tular apabila seorang pekerja kafe mendakwa didatangi seorang wanita yang mirip dengan Zalina Azman namun setelah disiasat wanita tersebut merupakan seorang gelandangan.

Yang terkini, polis mendedahkan rakaman CCTV seorang wanita mirip seperti Zalina memasuki sebuah hotel di Shah Alam pada Isnin lalu. Menerusi rakaman, wanita yang dilihat berpakaian serba hitam itu berjalan masuk di ruangan lobi sambil membawa dua buah beg.

Rakaman yang dirakam pada sekitar pukul 1.35 tengah hari itu bagaimanapun menunjukkan tiada seorang pun kakitangan hotel berada di bahagian kaunter untuk menyambut wanita berkenaan.

Wanita itu juga sempat membuka pelitup mukanya buat seketika sebelum terus berjalan keluar meninggalkan hotel.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti wanita dalam rakaman itu dan didapati adalah seorang gelandangan.

Katanya wanita itu adalah individu sama yang datang ke sebuah kafe seperti dilaporkan sebelum ini. Tambah beliau, pihaknya turut memperoleh rakaman daripada seorang pemilik kafe di Seksyen 9 yang sebelum ini mendakwa wanita mirip Zalina datang ke restoran itu.

“Pihak kami sudah menyemak dengan pekerja kafe dan mendapati individu yang datang adalah gelandangan yang ditemui di tasik Seksyen 2. Semua rakaman adalah orang yang sama dan bukannya orang hilang,” katanya.

Terdahulu, anak lelaki Zalina, Mikhael membuat laporan tentang kehilangan ibunya sejak 29 Nov selepas cubaan mencari dan menghubungi wanita itu gagal ketika ingin memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Sejak itu, pelbagai usaha mencari Zalina dilakukan termasuklah rakan baiknya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah memulakan misi pencarian Zalina di sekitar Shah Alam sejak Selasa lalu.

“Siasatan CCTV dan semakan bersama kakitangan kafe mendapati individu tersebut merupakan gelandangan yang ditemukan di tasik Seksyen 2 (Tasik Shah Alam, Seksyen 14). Justeru identitinya bukanlah OH (Orang Hilang),” jelasnya.

Sebelum ini, bekas pengacara Money Matters, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang oleh Polis Shah Alam pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan ahli keluarga Zalina tidak lagi menetap di Shah Alam kerana sudah berpindah. Bagaimanapun lokasi kediaman tidak didedahkan.

Video yang tular di laman TikTok

@mstarmalaysia Ini rakaman CCTV kelibat wanita mirip Zalina Azman, sempat buka ‘mask’ depan kaunter hotel #beritaditiktok #mstar ♬ original sound – mStar Official

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.