Connect with us

Viral

Tular Pantai Cenang Langkawi Kurang Sambutan, Warganet Luah Kos Mahal Daripada Luar Negara

Pulau Langkawi merupakan salah satu lokasi pelancongan yang popular di Malaysia. Namun begitu, tarikan lokasi pelancongan itu semakin pudar di kalangan warga tempatan.

iospital phone repair gombak

Hal ini demikian kerana para pelancong kelihatan lebih selesa untuk melancong ke negara jiran iaitu Thailand dengan harganya yang lebih berpatutan dan menarik.

Menerusi video TikTok pengguna @Khair.review yang tular, Pantai Cenang yang sering dipenuhi dengan pelancong kini semakin berkurang.

“Pantai Cenang, Langkawi.. Apa sudah jadi? Tak ada orang.. Dah jadi Pantai Lengang,” tulis Khair dalam video yang dimuatnaiknya itu.

Khair turut meluahkan rasa hairan dan bunyi seakan kesal kerana sambutan pengunjung-pengunjung ke lokasi pelancongan itu kini semakin kurang.

“Apa jadi dengan Pantai Cenang hari ini, hari Sabtu. Lengang, tak ada orang.

“Semua pakat pi Thailand ka?

“Sabtu malam Ahad, kosong,” luah pengguna TikTok berkenaan.

Ekoran isu warga tempatan lebih memilih untuk bercuti di luar negara ini, seorang pensyarah ekonomi menyifatkan perkara ini tidak sihat untuk ekonomi Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan pendapat mereka bahawa bagi mereka Thailand merupakan lokasi pelancongan yang lebih murah dan mampu milik.

Manakala, harga makanan dan penginapan di Langkawi itu dikatakan terlalu mahal sehinggakan lokasi pelancongan itu tidak lagi dijadikan pilihan ramai untuk bercuti.

Antara komen netizen:

“Kami dtg Tapi Org langkawi tekan harga semua mahal2…”

“harga hotel dan makan Langkawi mahal sangat jadi duk la sendiri, pergi Thai lagi ok semua murah sangat bawa 1k 3h2mlm pun dah lebih cukup”

“Aku pergi Langkawi habis 8k 🙂 flight sahaja 2k+”

“sapa dlm hidup x penah kene scam boleh laa p langkawi”

 

 

Video TikTok yang tular:

@khair.review Pantai Cenang dh jadi Pantai Lengang? #fyp #Langkawi #PantaiCenang ♬ original sound – Khair Aljufri

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.