Viral
Tular Isu Suami ‘Dayus’ Biar Doktor Lelaki Bantu Isteri Bersalin, UAI Beri Hujahan Mengenai Situasi Darurat

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang penceramah bebas mengenai ‘dayusnya’ seorang suami apabila membenarkan isteri mereka bersalin dibantu oleh doktor lelaki.
Namun begitu, rata-rata warga netizen kelihatan tidak bersetuju dengan pandangan dan hujahan yang dikeluarkan oleh penceramah tersebut.
Susulan itu, isu berkenaan menarik perhatian seorang penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dengan menjelaskan dengan lebih lanjut soal perkara berkenaan menerusi laman rasmi TikToknya.
Ustaz Azhar mengeluarkan hujahan beliau selepas ditanya salah seorang jemaah yang hadir ke ceramahnya.
Berdasarkan video yang telah dimuat naik, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum asal bagi wanita adalah untuk berubat dengan wanita manakala lelaki perlu berubat dengan lelaki.
Bagaimanapun, hukumnya jatuh menjadi harus jika situasinya termasuk dalam situasi darurat.
“Jadi dalam bab berubat, dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk kepada darurat, apa yang haram diangkat hukumnya sekejap. Allah berfirman yang bermaksud barangsiapa masuk pada situasi tidak boleh membuat pilihan, bukan sengaja dan tidak berlebih-lebihan, maka tidak berdosa,” kata beliau.
Jelas beliau, jikalau sewaktu mahu bersalin tiada sebarang doktor wanita yang bertugas dan yang ada cuma doktor lelaki, maka hukumnya tidak berdosa.
“Jadi bila isteri kita nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tapi jika tiada doktor perempuan dan yang ada cuma doktor lelaki, sedangkan beranak itu kritikal, berkaitan dengan dua nyawa (nyawa ibu dan anak dalam kandungan). Maka tidak berdosa.
“Bakpe mu gi kata dayus pulok? Tak haram. Yang haramnya begini, ada doktor perempuan tapi tak nak dengan doktor perempuan. Nak (doktor) lelaki juga yang selak kain (bidankan) bini aku. Itu baru haram,” uls lanjut UAI berkenaan dengan isu yang hangat diperkatakan itu.
Menjengah di ruangan komen, para netizen bersetuju dan lebih faham dengan kenyataan serta hujahan yang dikeluarkan daripada UAI menerusi videonya yang berdurasi 2:46 minit itu.
Antara komen netizen:
“ini baru betull orang berilmu berkataaa² melemparkan kata2 yg benar belaka .”
“bgus penjelasan UAI ni.. name pn darurat xkn nk bia je baby x keluar2 nk tggu doc pmpuan smpai”
Video yang tular:
@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming – Nasheed