Connect with us

Selebriti

Tular Buat Kenyataan Ekstrem, Zul Huzaimy Tampil Buat Permohonan Maaf

Semua orang bebas mengeluarkan pendapat masing-masing, walau bagaimanapun setiap kenyataan haruslah mempunyai limitasi dan tidak ekstrem serta tidak berbaur perkauman, benci dan sebagainya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru tular satu kes yang melibatkan seorang pelakon, Zul Huzaimy yang mengeluarkann satu kenyataan sewaktu menjadi panel dalam sebuah ceramah di Kemaman sekitar 4 November yang lalu.

Berdasarkan video ceramah yang tular di laman Twitter itu, Zul menyatakan bahawa tiada lagi azan akan berkumanndanng di negara kita sekiranya rakyat salah memilih pemimpin pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tidak cukup dengan itu, Zul yang juga difahamkan merupakan penyokong parti PAS menngeluarkan kenyataan yang sangat bahaya bahawa sekiranya dia tidak memikirkan undang-undang yang ada di negara ini, dia ingin menyembelih orang bukan Islam.

Kenyataan yang sangat ekstrem dan mampu memecahbelahkan kaum!

Namun begitu setelah sedar akan kata-kata yang telah ditempiasnya itu, Zul tampil membuat permohonan maaf menerusi laman akaun Instagramnya mengenai perkara tersebut.

Menurut hantaran yang telah dimuat naik itu, Zul menafikan bahawa dirinya bersifat terlalu ekstrem ketika mengeluarkan kenyataan itu.

“Jangan salah anggap hanya berdasarkan klip video pendek itu kerana ia menggambarkan kenyataan yang kurang tepat.

“Apa yang saya sebut ialah orang bukan Islam (kafir zimmi) wajar dijaga sebaiknya kerana mereka juga menyokong pemerintahan Islam di negara ini.

“Ada pun kafir harbi (yang disebut dalam video ucapan) adalah musuh Islam yang nyata, maksud saya di sini ialah non Muslim (bukan Islam) yang benci Islam, suka perkauman,” terang Zul.

Zul juga berharap agar video tersebut tidak lagi tular dan disalahtafsirkann menjadi ucapan yanng bersifat kebencian.

Hantaran yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.