Connect with us

Viral

Tular Beberapa Individu Ceroboh Malaysia Dari Singapura Guna ‘Jalan Tikus’

Pencerobohan masuk secara haram dari sempadan Singapura-Malaysia di Johor Baharu menggunakan ‘jalan tikus’ bukanlah suatu isu yang baru.

Malah, telah ramai individu yang dikenakan tindakan atas perbuatan tersebut. Walaupun kes tersebut sudah pun menunjukkan penurunan tapi ianya masih berlaku dan menimbulkan kesal ramai.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, budakkampung6966 telah berkongsi satu rakaman di mana memaparkan ramai orang dari negara republik itu menyelinap masuk ke negara ini menggunakan jalan rahsia.

Menerusi rakaman yang dikongsi, jelas kelihatan individu-indivu berkenaan melalui tepi pagar tembok untuk sampai ke Malaysia ketika jalan raya berdekatan sempadan antara dua negara sedang sesak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendakwa indivu yang masuk secara haram ke negara ini terdiri daripada rakyat Malaysia sendiri yang bekerja di sana.

Selain itu, orang ramai kecewa melihat betapa longgarnya undang-undang negara ini sehingga mudah diceroboh. Mereka turut menyatakan jalan tikus tersebut sudah pun menjadi pantauan polis.

Kini video tular ini berjaya meraih tontonan sebanyak 513.2 ribu serta mendapat 13.4 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@budakkampung6966 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞 𝐦𝐜𝐦 𝐧𝐢 #jbsgborder #jb #singapore ♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.