Connect with us

Viral

Tular Anggota Polis Trafik Pukul Pemandu Lori, Ternyata Tindakannya Untuk Pertahankan Diri Sendiri

Umumnya, pergaduhan antara individu di tempat awam seringkali kita lihat di media sosial pada zaman sekarang.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, seperti video rakaman yang tular di laman TikTok yang memaparkan seorang anggota badan beruniform polis trafik yang didakwa bergaduh dan memukul seorang pemandu treler dalam kejadian di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.

Difahamkan, polis trafik itu berbuat sedemikian hanya untuk mempertahankan dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin menyatakan bahawa anggota polis trafik itu sudah membuat laporan polis berhubung dengan kejadian itu.

Jelas beliau, kejadian dipercayai bermula apabila anggota polis trafik berkenaan dikatakan sedang membuat tugas pemantauan di lalu lintas di KSAB sebelum mendapati sebuah treler yang dipandu oleh seorang lelaki berada di lorong kanan.

Walhal sepatutnya lorong kanan itu dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja.

“Pemandu treler itu enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan, malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat, lalu bertindak membuka pintu dan terus menumbuk muka anggota trafik sebanyak dua kali sebelum menendang motosikalnya.

“Berlaku sedikit pergelutan antara mereka dan anggota trafik berkenaan cuba mempertahankan dirinya daripada pemandu terbabit,” terang beliau mengenai insiden yang telah terjadi itu.

Sebelumnya, Rahmat memaklumkan bahawa pihaknya mendapati terdapat satu video berdurasi 50 saat telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok di aplikasi tersebut pada jam jam 10.20 pagi semalam.

Difahamkan, video tersebut memaparkan seorang pemandu treler yang mendakwa dirinya dipukul oleh seorang anggota polis trafik.

Terangnya, ekoran tularnya video terbabit, pihaknya telah membuat semakan dan mendapati bahawa anggota polis trafik yang terlibat itu telah pun membuat laporan polis sebelum pihaknya bertindak menahan pemandu treler berkenaan.

“Satu kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan pemandu treler berkenaan sudah ditahan, manakala kita akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya pada hari ini,” ulas lanjut beliau.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.