Connect with us

Viral

Tular Aksi Lelaki Biadab Rosakkan ‘Kolam’ Deepavali Raih Kecaman Netizen

Hidup ini kita haruslah sentiasa amalkan sikap hormat menghormati tanpa mengira agama dan bangsa. Lebih-lebih lagi apabila kita hidup bersama dengan komuniti negara yang berbilang kaum.

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, terbaru tular suatu rakaman video di media sosial mengenai aksi seorang lelaki yang merosakkan ‘kolam’ dengan menggunakan kakinya.

Difahamkan, ‘kolam’ itu dibuat sempena perayaan Deepavali sebelumnya dan ianya merupakan salah satu upacara yang dilakukan oleh mereka yang menganut agama Hindu.

‘Kolam’ ini bukan sekadar seni sahaja, dipercayai oleh penganut Hindu bahawa ‘kolam’ ialah simbol menyambut Dewi Kekayaan dan memberkati mereka dengan rezeki.

Tindakan pelaku terbabit yang mengenakan busana lengkap Melayu itu bukan sahaja biadab, malah mampu mencetuskan pergaduhan antara kaum.

Bukan itu sahaja, malah perakam video berkenaan juga bergelak tawa sambil merakam aksi biadab pelaku tersebut.

Namun begitu, pihak KPJ Healthcare Berhad yang dipercayai merupakan lokasi kejadian telah memberikan kenyataan mereka berhibing dengan insiden yang tular tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tindakannya yang biadab itu dan memalukan nama bangsa sendiri.

Antara komen netizen:

“Bagi aku simple je. Dalam agama aku ajar respect. Dia tak respect kepercayaan orang lain, maknanya dia tak beragama. Simple. Logiknya hanya orang gila dan bebal yang tak pandai menghormati orang lain.”

“Buat malu je..tak payahlah pakai baju Melayu tu woii bukak je..hanat betul perangai hanjing..”

“sendiri buat hal.. sendiri pandai lah nanti bila ada yg ambik tindakan.. jgn kan indian, apa bangsa tgok pon sakit hati..”

“Aku sebagai seorang Muslim dan Bangsa Melayu amat kecam tindakan bodoh macam ini, tiada adab dan kurang ajar.”

“Sebagai orang melayu, aku sendiri mengecam sekecam2nya perbuatan yg boleh memecahbelahkan harmoni rakyat Malaysia. Minta maaf ya, tolong HALAU orang camni😡 Malaysia tak perlukan org yg sebegini. @kpjtawakkal_kl TOLONG AMBIL TINDAKAN TEGAS”

“Anak aku umur 3 tahun pun tahu jalan ke tepi bila nampak kolam ni. Siap cakap its beautiful. Takde pulak dia gatal tangan nak rosakkan ke apa. Yg ngko dah besar panjang ni pulak bodoh pekat melimpah ruah.”

 

Video yang tular:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.