Connect with us

Viral

Tular ‘Air Terjun’ Apartmen Hentam Kenderaan Lain, Dipercayai Berpunca Dari Tangki Pecah

Semalam riuh di sosial mengenai isu ‘air terjun’ yang berlaku di salah sebuah apartmen yang terletak di daerah Sepang.

Iospital phone repair gombak

Dikatakan isu ‘air terjun’ itu terjadi akibat sebuah tangki air yang berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok apartment di Taman Mas di lokasi terbabit pecah sehingga menyebabkan enam kenderaan mengalami kerosakan teruk.

Menerusi video yang tular di laman TikTok itu, kelihatan air turun dengan deras dari tingkat atas apartmen tersebut dan terdapat beberapa buah kereta yang terkena hentaman air yang deras tersebut.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof menyatakan bahawa serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartmen tersebut.

Walaupun kejadian tersebut kelihatan serius seperti yang terpapar di dalam video, namun tiada sebarang kemalangan jiwa terlibat.

Demikian hanya kerosakan harta benda dan mangsa terlibat diminta agar membuat laporan polis bagi tuntutan insurans dapat dilakukan, jelas beliau.

“Bantuan lori air bersih dihantar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk bekalan air bersih kepada 172 rumah yang terjejas,” terang Wan Kamarul berhubung dengan kejadian tersebut pada malam tadi.

Difahamkan ketika artikel ini ditulis, video berdurasi hampir lima minit itu telah menerima sebanyak 1.3 million tontonan, 33.8K suka, dan 1390 komen.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kenderaan yang telah ditimpa dengan air deras itu.

Ada juga warganet yang berkongsikan kisah mereka yang pernah melalui insiden yang hampir sama dengan situasi ‘air terjun’ berkenaan.

Tidak lupa juga, rata-rata warga netizen mendoakan agar semoanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan.

Antara komen netizen:

“aku nak tahu keadaan kereta yg kene tepat air terjun tu. okey ke tak tu. ghisau la kalau aku dah nangis weh banyak duit keluarr”

“Harap kereta tu ok. Air deras boleh bg kemek bonet n windscreen pecah. Kesan air masuk dlm enjin mungkin sama impak mcm masuk dlm banjir.”

“prnah dok flet sg batu penang..tangki air atas block aku bgegaq..tapi x lh smpai pecah mcm dlm video ni.tpi bgegaq takut juga lh…😳😳”

“Innalillahiwainnailaihirojiun semoga dipermudahkan semua urusannya”

 

 

Video TikTok yang tular:

@ameiraaaa 😧 #puchong ♬ original sound – 🦁🐾Eeveecenzo

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.