Connect with us

Semasa

Tragis! Gara-Gara Disengat Lebih 60 Tebuan, Kanak-Kanak 5 Tahun Maut

Serangan serangga berbisa tidak mengenal umur. Bisa pada sengatan serangga seperti tebuan, lebah dan kala jengking boleh menyebabkan kegagalan pada organ dalaman.

Ini kerana kebanyakan spesies lebah, tebuan atau penyengat akan meninggalkan toksin ke dalam tubuh badan manusia yang disengat. Lebih menakutkan, ada risiko anda terkena kejutan anafilaksis yang boleh membawa maut jika tidak segera mendapatkan rawatan kecemasan.

Minngu lepas, seorang kanak-kanak maut pada Ahad selepas disengat 60 kali di seluruh badannya di Kampung Tok Jembal di Kuala Nerus, Terengganu.

Kejadian malang itu berlaku di hadapan rumah ketika tiga beradik Eidrish Mohd Khalid, 5, Nur Aiyris Dania, 7 dan Nur Adelya, 10, sedang bermain di padang sebelum disengat. Sarang tebuan itu dipercayai di sebuah tempat terbiar berhampiran platform dok.

Menurut bapa mangsa, Mohd Mohd. Khalid Omar, 40, terkejut dengan kejadian itu ketika dia dan keluarganya bersiap sedia untuk pulang ke Ipoh ketika kejadian itu berlaku.

“Sebaik mendengar jeritan Adelya, saya terus berlari ke tempat kejadian dan melihat Eidrish sudah terbaring di tanah dengan tebuan penuh satu badan.

“Ketika saya mendukungnya naik ke rumah, dia (Eidrish) masih bernyawa, tetapi sangat lemah dan kaku tidak menjerit atau menangis,”

Eidrish disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 11.20 malam semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir sekitar 10 pagi Isnin.

Selain Eidrish, Mohd Khalid berkata dia dan dua anaknya Nur Adelya Qaisara dan Nur Aiyris Dania yang berusia 7 tahun juga disengat. Dia turut menerima rawatan di hospital selepas disengat tebuan ketika cuba menyelamatkan arwah anaknya.

“Saya pula sepatutnya dirawat di wad kerana terkena hampir 20 sengatan, tetapi terpaksa pulang untuk menguruskan pengebumian Eidrish kira-kira 10 pagi tadi.

“Saya tidak sangka berlaku kejadian menyedihkan pada percutian kali ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku.

“Tidak sepatutnya rangka pelantar jeti ditinggalkan di kawasan padang permainan kerana ia boleh menjadi habitat pelbagai haiwan berbisa.”

Tambah Mohd Khalil, dia berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan sewajarnya demi mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi pada masa depan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.