Connect with us

Semasa

“Tolong jangan sindir” Vida Minta Orang Ramai Berhenti Kecam Rina Harun

Satu Malaysia pastinya sudah kenal dengan usahawan kosmetik terkenal yang sering terpalit dengan kontroversi ini.

Ya, Datuk Seri Vida. Terkenal dengan tagline ‘Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh’ sekali lagi hangat diperkatakan di media sosial selepas membela seorang menteri wanita di laman Instagramnya.

Menerusi posting yang dibuatnya beberapa hari lalu, Datuk Seri Vida memohon kepada netizen untuk tidak menyindir dan mengkritik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di seluruh platform media sosial.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan Rina mencuci koridor yang telah bersih menggunakan water jet di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menyebabkan dia dikecam hebat oleh orang ramai.

Posting yang disertakan bersama sekeping gambar dengan Rina Harun, Datuk Vida yang juga baru-baru ini tular dengan isu ingin berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu meminta tindakan netizen di media sosial yang disifatkan kurang ajar terhadap pemimpin tersebut dihentikan segera.

“Tak baik (selalu) kutuk yang berhormat. Tolong jangan sindir,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pun niatnya baik, netizen menganggap tindakannya itu adalah hanya untuk meraih populariti semata-mata. Netizen turut menyifatkan Vida seorang yang gemar mencelah terutama sekali apabila timbul isu hangat di media sosial.

“Duduk menumpang publisiti orang sahaja Mak Cik ini. Dekat mana-mana ada isu, dia selit sekali nak menumpang publisiti,” komen seorang netizen.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.