Connect with us

Politik

Tiga Artis Terkenal Tanah Air Tumpas Dalam Pemilihan PKR 2022

Proses pencalonan dalam pemilihan PKR 2022 untuk menentukan kepimpinan di 222 cabang parti itu telah bermula pada 8 April yang lepas. Manakala bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula dijadualkan berlangsung pada 11 April.

Pencalonan bagi peringkat cabang dan MPP yang mempertaruhkan jawatan tertinggi parti akan dilaksanakan sepenuhnya secara digital melalui aplikasi ADIL

Kelmarin, proses pengundian semula Pemilihan PKR 2022 berakhir dengan 12 cabang di empat negeri selesai melaksanakannya.

Oleh itu, keputusan keseluruhan pemilihan peringkat kebangsaan dan cabang parti itu diketahui semalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gempar baru-baru ini dua artis tanah air, Hans Isaac dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet telah membuat percubaan sulung mereka untuk melangkah jauh dalam bidang politik negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walau bagaimanapun, cubaan mereka nampaknya meleset setelah keputusan diumumkan semalam. Hasil keputusan dapati mereka berdua ketinggalan dari segi undi dalam Pemilihan PKR 2022.

Menurut keputusan tidak rasmi yang dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022, mereka berdua yang bersaing untuk jawatan Ketua Cabang Ampang masing-masing hanya memperoleh 609 dan 589 undi, tumpas kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang memperoleh 942 undi!

Pemilihan kali ini turut menyaksikan keputusan luar jangkaan di mana Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hanya memperoleh 379 undi berbanding pencabarnya, Mohd Rafee Ibrahim (488 undi) dalam merebut jawatan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya.

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul turut ketinggalan pada pemilihan kali ini bagi jawatan Ketua Cabang Sungai Petani kepada Ooi Tze Min dengan perbezaan 103 undi.

Rafizi Ramli yang juga calon Timbalan Presiden PKR sebagai jawatan Ketua Cabang Pandan mendahului dengan meraih 548 undi, mengatasi pencabarnya Mohamad Rashidi Hassan (373) dan Adnan Jaaffar (121).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga mendahului dengan jawatan Ketua Cabang Gombak apabila memperoleh 1,858 undi, berbanding Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (bekas Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mendapat 1,215 undi.

Manakala di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang pertama kali bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Port Dickson mendahului pesaingnya dengan memperoleh 1,129 undi berbanding Ravi Munusamy (951) dan Sevalingam Birasami (477).

Untuk makluman, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Cabang Tampin sejak 2018 dan Naib Ketua Cabang Seremban sebelum itu.

Sementara itu, percubaan pertama Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik bertanding Ketua Cabang kawasan parlimen berkenaan nampaknya berhasil apabila meraih 109 undi mengatasi pencabarnya Faizul Abdul Ghani yang mendapat 66 undi.

Setakat 5 petang ini, tujuh negeri sudah mengumumkan keputusan pemilihan PKR iaitu Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Sabah dan Johor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam pada itu, Datuk Afdlin Shauki Aksan yang turut ikut bertanding juga ketinggalan kepada penyandang jawatan Ketua Cabang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Afdlin yang hanya mendapat 372 undi berbanding Nik Nazmi 482 undi, menerima nasib sama dengan dua lagi rakan artis Hans Isaac dan Altimet yang masing-masing gagal menumpaskan lawan mereka dalam merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

Bekas Naib Presiden PKR Tian Chua ketinggalan kepada muka baharu, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dalam jawatan Ketua Cabang Batu dalam Pemilihan PKR 2022.

Keputusan tidak rasmi dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022 setakat 8 malam semalam menyaksikan Prabakaran, yang julung kali bertanding dalam pemilihan parti mendapat sebanyak 517 undi manakala Tian Chua memperoleh 306 undi.

Terdahulu, Tian Chua mengumumkan tidak mempertahankan jawatan naib presiden sebaliknya ingin bertanding jawatan ketua cabang parti.

Pengumuman keputusan rasmi akan dibuat di Kongres Parti Keadilan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 25 dan 26 Jun hadapan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.