Connect with us

Semasa

Tiada Laporan Penipuan Wang & Nasab, JAKIM Beri Kenyataan Mengenai Dakwaan Terhadap Cicit Rasulullah SAW

Bukan semua benda kita harus percaya bulat-bulat begitu sahaja. Lebih-lebih lagi di zaman serba canggih ini, semakin banyak penipuan berleluasa dilakukan.

Iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Kosmo, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dikatakan tidak pernah menerima sebarang laporan atau aduan mengenai individu yang mengaku sebagai cicit Nabi Muhammad saw itu terlibat dalam penipuan wang dan nasab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyatakan bahawa setakat ini tiada aduan rasmi dibuat berkaitan hal tersebut, malah jika ada sekalipun siasatan lanjut bakal dilakukan.

“Jika kita dapat satu benda kita akan terus lapor kepada jabatan agama islam negeri dan mereka yang berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Kadang kadang ada wartawan cakap Jakim tidak ambil tindakan tetapi sebenarnya Jakim tiada bidang kuasa untuk ambil tindakan kerana ia tertakluk kepada negeri masing-masing,” terang beliau selepas Majlis Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari ini.

Terdahulu, berita mengenai dakwaan Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani yang hadir ke Malaysia baru-baru ini terlibat dengan penipuan wang dan nasab di negara asalnya telah mengejutkan ramai.

Difahamkan, Sayyid Muhammad Amin sebelumnya sempat mengikuti beberapa sesi jelajah di beberapa negeri di Malaysia sebelum pulang ke Maghribi beberapa hari lepas.

Namun begitu, Sayyid Muhammad Amin ini telah dihalang untuk mengikuti siri jelajah di beberapa negeri di Malaysia.

Antaranya, Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan ekoran beberapa isu yang telah dibangkitkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa masyarakat tidak perlu bersusah payah demi mencari dan menjejaki salasilah Rasulullah saw.

“Islam itu ringan dan mudah. Benda pelik-pelik sangat buat apa. Jadi, kadang kadang ia menyusahkan orang.

“Kita harap dalam kalangan kita ini perlu belajar agama di tempat yang betul sama ada di masjid dan surau oleh guru-guru yang ada kredibiliti,” ulas lanjut beliau berhubung dengan isu tersebut.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.