Connect with us

Viral

Terguna Kad ATM Orang Lain Sampai 4 Kali, Mangsa Maafkan & Halalkan Perbelanjaan Tertuduh

Manusia ini tidak lari daripada sikap cuai, bagaimanapun itu tidak boleh dijadikan tiket buat individu lain untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa kejadian.

Iospital phone repair gombak

Begitu juga dengan isu yang tular baru-baru ini, di mana seorang wanita telah tertangkap apabila kad ATM yang bukan kepunyaannya itu diguna pakai olehnya selama empat kali.

Difahamkan, kad ATM tersebut merupakan milik seorang lelaki yang tertinggal kadnya di atas menu di sebuah kedai burger di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Berdasarkan keterangan lelaki tersebut, sebelum kejadian wanita yang memakai tudung berwarna biru itu kelihatan beratur di belakangnya bersama dengan seorang lelaki yang sedang mendukung bayi.

Katanya lagi, kad miliknya itu telah dicuri oleh wanita tersebut yang juga digunakan untuk pembelian lain sebelum dia sempat menyekat kad debit berkenaan.

Dipercayai bahawa lelaki tersebut yang merupakan mangsa kejadian memberitahu bahawa isu tersebut telah pun diselesaikan.

Pasangan yang tertuduh itu pula tampil memohon maaf dan mengaku ada ‘terguna’ kad tersebut iaitu sebanyak empat kali.

Terang lelaki pemilik kad tersebut, pesalah telah menghubunginya dan mereka berjumpa sekitar jam 9 malam semalam di Puteri Harbour bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam pada itu, lelaki tersebut juga mengaku kesalahan sendiri kerana cuai sewaktu berada di kaunter pembayaran.

“Saya akui, silap saya cuai selepas selesai bayar ambil gambar menu. Cadang nak beli untuk sarapan dengan isteri keesokan harinya.

“Boleh pulak kad itu sama warna dengan menu. Saya terima notifikasi dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya trigger sebab jumlah yang besar,” jelas mangsa.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan sekali lagi memuat naik hantaran di laman Facebooknya dengan menyatakan bahawa dia sudah pun menghalalkan semua duit yang telah dibelanjakan oleh wanita tersebut selepas mendengarkan penjelasan daripadanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita itu kerana seakan-akan berasa tidak berdosa mengambil dan menggunakan hak orang lain.

Antara komen netizen:

“Makanan dan minuman yang dapat dari cara haram, maka akan tumbuh darinya daging haram dan ianya akan menjadi makanan api neraka. Jangan ambil mudah dengan halal haram dalam bab makan minum. Harap beliau taubat dan mohon ampun kepada empunya kad dan ganti balik nilai duit yang telah digunakan.”

“Astaghfirullah…tak sikit pun rasa berdosa ambik hak orang!”

 

Hantaran di laman Facebook:

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.