Connect with us

Politik

Terbuka Bertanding Di Mana-Mana Kerusi, Khairy Jamaluddin Hanya Serah Pada Cucuk Pimpinan UMNO

Isu pilihanraya umum seringkali kita dengar kebelakangan ini. Dengan waktunya yang kemungkinan bakal menjelang tidak lama lagi, timbul beberapa topik mengenai parti-parti politik ini di kaca media.

Iospital phone repair gombak

Melalui laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi parlimen bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Difahamkan ramai pemimpin tempatan yang telah menawarkan kerusi Parlimen kepada beliau, bagaimanapun hal itu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk menentukan kedudukannya itu.

“Saya orang parti, macam-macam pemimpin tempatan tawarkan kerusi kepada saya. Saya terbuka untuk bertanding di mana-mana sama ada di Negeri Sembilan atau Lembah Klang.

“Setakat ini kedudukan saya (untuk) bertanding di kerusi mana masih belum diputuskan,” kata beliau yang juga merupakan Menteri Kesihatan selepas Majlis Penyerahan Projek Mencegah Banjir yang telah diadakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada hari ini.

Umumnya pada PRU14 yang lalu, Khairy telah memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan mengutip undi sebanyak 36,096 undi yang menewaskan parti PAS dan parti PKR.

Dalam pada itu, terkini Perdana Menteri Ismail Sabri telah selesai mengumumkan pembubaran Parlimen pada hari ini.

Pembubaran Parlimen itu telah dilaksanakan pada hari ini bagi memberi laluan kepada PRU15 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Dikatakan, Ismail Sabri telah menyatakan bahawa beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad lalu bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Padua Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” jelas beliau.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.