Connect with us

Politik

Tarikh Pembubaran Parlimen Belum Ditentukan, Perdana Menteri Beri Kenyataan Lanjut

Umumnya, tarikh spekulasi Pilihanraya Umum ke-25 (PRU-15) semakin hangat diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Manakan tidak, ada yang mahu diawalkan malah ada juga yang mahu dilewatkan ekoran isu musim tengkujuh sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.

Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum membuat keputusan akan tarikh untuk pembubaran Parlimen.

Beliau menyatakan bahawa keputusan mengenai pembubaran Parlimen akan ditentukan melalui perbincangan yang akan diadakan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 September ini.

“Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” ulas lanjut beliau pada hari akhir lawatan kerja beliau di Amerika Syarikat.

Naib Presiden UMNO itu turut memaklumkan bahawa beliau belum mendapat maklumat mengenai sebarang agenda mesyuarat MT UMNO.

“Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang,” jelasnya.

Difahamkan, Top 5 itu merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO.

Ismail hanya menjawab “belum lagi” apabila ditanya adakah beliau sudah mendapat ilham mengenai tarikh pembubaran Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah tarikh tersebut semakin dekat.

“Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara,” ulas lanjut beliau.

Susulan itu, Ismail menyatakan bahawa pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu di Malaysia.

“Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi,” terang beliau sambil tersenyum.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.