Connect with us

Politik

Tarik Diri Jadi Calon BN, Ustaz Kazim Elias Dedah Punca Sebenar

Semakin hampir dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada pelbagai pihak yang terlibat.

Iospital phone repair gombak

Seperti baru-baru ini, pendakwah bebas popular Datuk Mohammad Kazim Elias telah mengumumkan bahawa beliau telah pun menarik diri daripada bertanding sebagai calon Barisan Nasional untuk PRU15 yang akan datang.

Ekoran itu, Ustaz Kazim akhirnya mendedahkan punca sebenar beliau menarik diri sebagai calon tersebut.

Menurut laporan Mstar, keputusan penarikan diri itu dibuat setelah Ustaz Kazim mendapat info bahawa abang kandungnya, Kapt (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias turut dicalonkan bertanding bagi kerusi DUN Batu Kurau melalui parti Perikatan Nasional.

Ustaz Kazim memaklumkan perkara tersebut sewaktu sidang media khas petang semalam diadakan di mana beliau teringat nasihat arwah ibunya untuk tidak sesekalo bertanding dalam kawasan yang sama dengan ahli keluarganya.

“Saya dan abang saya tidak menyangka bahawa kami bertanding dan kami tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” kata Ustaz Kazim.

Sewaktu dengan itu, Ustaz Kazim juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah mendaftarkan dirinya sebagai ahli UMNO dan hanya ditawarkan untuk bertanding di kawasan tersebut.

Hal ini disebabkan BN hanya mahukan pengetahuan dan pengalamannya sebagai seorang pendakwah.

“Presiden parti UMNO memberitahu saya tidak mengapa saya bukan ahli, kerana mereka mahu orang dari pelbagai profesional dan latar belakang agama menyumbang pengalaman dan kepakaran mereka dan dengan itu saya dipilih,” jelas beliau lagi.

Selain itu, Ustaz Kazim juga menegaskan bahawa beliau kini tidak mewakili mana-mana parti politik kerana sudah selesa menjadi pendakwah bebas sahaja.

Terdahulu, riuh di media sosial mengenai Ustaz Kazim Elias sebagai calon mewakili BN dan akhirnya tular semula selepas pengumuman penarikan diri beliau dibuat.

Pada waktu itu, penarikan yang dibuat itu menjadi tanda tanya orang ramai dan kini Ustaz Kazim Elias telah pun mendedahkan perkara yang sebenar kepada pihak media.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.