Connect with us

Informasi

Kadar Tarif Baharu Dijamin Tidak Membebankan Rakyat Berkuat Kuasa 1 Februari

Media sebelum ini ada melaporkan di mana kerajaan sedang mempertimbangkan semula kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024.

Rentetan daripada itu, kerajaan sudah mengkaji dengan mengambil kira keadaan negara ini yang baru pulih daripada wabak pandemik dan krisis ekonomi.

Kerajaan mengumumkan bakal melaksanakan kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024, berkuat kuasa 1 Februari ini.

Menurut laporan yang dibuat Utusan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, makluman berkaitan Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) itu akan dibuat beberapa hari lagi.

Pun begitu, katanya, rakyat tidak usah khuatir kerana kadar tarif baharu itu dijamin tidak akan menambah beban rakyat terutamanya pemegang akaun domestik.

“Saya telah berbincang sebanyak enam kali berturut-turut di Kabinet. Alhamdulillah, semalam kita sudah memuktamadkan kadarnya.

“Pelaksanaan IBR bagi RP3 akan berkuat kuasa pada 1 Februari ini dan saya menunggu Suruhanjaya Tenaga tetapi saya boleh memberi bayangan yang kadarnya sama sekali tidak membebankan rakyat,” katanya hari ini selepas merasmikan projek solar berskala besar di Kawasan Perindustrian Satong di Paka, Dungun yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut dinyatakan jumlah keseluruhan pengguna elektrik di seluruh negara dianggarkan seramai 8 juta dengan 85 peratus daripadanya adalah pengguna domestik manakala bakinya adalah pengguna komersial dan industri.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.