Connect with us

Luar Negara

“Tak senonoh!” Aksi 2 Budak Lelaki Raba Dan Cium Punggung Wanita Pembonceng Motosikal Tular

Sejak beberapa hari lepas tular satu video yang menunjukkan dua kanak-kanak lelaki dilaporkan nekad raba dan cium seorang pembonceng motosikal wanita dalam kejadian di sebuah jalan raya di Bandung, Indonesia.

Menerusi satu laporab dadi laman Detik.com, aksi raba dan cium pembonceng motosikal itu dipercayai telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Di dalam video tersebut, penunggang motosikal dilihat sedang berhenti di simpang jalan di Pasirkaliki-Sukajadi, Bandung.

Tidak lama kemudian, dua kanak-kanak itu datang dan meraba serta mencium punggung wanita tersebut.

raba dan cium penumpang motosikal

Sementara itu, Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Bandung, Idris Kuswendi berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai insiden tersebut.

“Kedua-dua kanak-kanak itu telah dapat dikesan. Kami juga sudah memanggil ibu bapa mereka untuk membantu siasatan,” katanya.

raba dan cium penumpang motosikal

Hasil siasatan juga mendapati bahawa kedua-dua kanak-kanak itu bukan anak jalanan.

Difahamkan, mereka adalah penduduk di kawasan sekitar dan sememangnya sering keluar bermain di jalan raya.

“Mereka penduduk di sekitar situ, cuma budak-budak nakal. Kadang-kadang mereka bermain di atas jalan,” kata Idris.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.