Connect with us

Selebriti

Tak Sampai 24 Jam Dibuka Dana Untuk Pembedahan Zamani Berjaya Cecah Hampir RM60,000, Pak Nil Ucap Terima Kasih

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok memaparkan perubahan ketara di tubuh Zamani di mana tulang belakangnya dilihat semakin membengkok semasa membuat persembahan.

Keadaannya kini sedikit sebanyak mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan artis. Antaranya pengacara nombor 1 Malaysia iaitu Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.

Penyanyi pop rock terkenal berusia 51 tahun itu menghidap scolios (tulang belakang bengkok) dan dikatakan masih mendapatkan rawatan susulan sehingga kini. Simpati dengan nasib yang menimpa Zamani, Pak Nil mengambil keputusan untuk mengumpul dana pembedahan.

Dalam masa kurang daripada 24 jam, kutipan dana dihentikan kerana berjaya mencecah sehingga hampir RM60,000! Pak Nil sempat mengucapkan berterima kasih kepada orang ramai kerana sudi membantu meringankan beban penyanyi tersebut.

“Kutipan Bantuan Untuk Zamani telah hampir mencecah RM60K. Paknik ingin umumkan kutipan itu akan kita hentikan tepat 12 malam ini.

“Diharap semua pihak ambil maklum. Terima kasih atas bantuan luar biasa anda.”tulisnya pada hantaran di laman Instagram semalam.

Menjengah ke ruangan komen, para rakan artis beryukur kerana jumlah dana berjaya mencapai sasaran. Netizen turut memuji usaha murni pengacara berusia 60 tahun itu selain memberi ruang kepada orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada penyanyi legend berkenaan.

Video yang tular di laman TikTok

@annasoffiya 🦋🌼🍃🌹#iftar2022 #fypシ #fyp #foryou ♬ original sound – Anna Soffia

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.