Connect with us

Viral

Tak Puas Hati, Gadis Dakwa Penjawat Kerajaan Tak Amanah

Tuduhan seperti ‘makan gaji buta’ sering dilemparkan kepada penjawat kerajaan kerana dikatakan sering mengelat di tempat kerja. Turut dikatakan sesetengah daripada mereka mengambil masa yang lama untuk pulang ke tempat kerja selepas waktu rehat.

Kesan daripada tindakan tersebut, urusan di agensi perkhidmatan kerajaan tergendala dan menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu lama. Namun, sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?

Awal bulan ini tular sebuah video di mana seorang gadis telah meluahkan kekecewaannya terhdapat penjawat kerajaan yang dianggapnya tidak amanah dengan tanggungjawab yang digalas.

Menurut gadis bernama Mariam itu, dia ke Jabatan Perdana Menteri namun sebaiknya dia sampai, tiada seorang pekerja pun yang ada di kaunter pendaftaran untuk melayan pelanggan membuatkan dia terpaksa menunggu selama berjam-jam!

“Aku nak tanya korang, kenapa perangai pekerja kerajaan macam ni? Selalu kita complaint pemimpin tak buat kerja, kali ini aku nak cakap pekerja kerajaan tak buat kerja dan aku rasa korang pun rasa benda ini.

“Korang ingat, pemimpin saja ke yang ada amanah? Kita pun ada amanah, kau tak buat kerja kau, maksudnya kau tak beramanah, tau tak? Korang tahu tak, betapa pentingnya amanah. Selagi korang tak beramanah, selagi itulah tak sempurna iman korang.

“Kenapa aku cakap pegawai kerajaan ini tak beramanah dan khianat amanah mereka? Sebab boss diorang dah letak diorang untuk jawab panggilan telefon. Tapi kau buat apa? Masuk office lambat, kau pergi beli nasi lemak, ambil semua lemak-lemak itu. Selepas itu kau sembang-sembang, tak duduk dekat meja pun nak angkat panggilan telefon.

“Ini aku nampak sendiri, bukan main cakap. Semalam tiga bangunan kerajaan aku pergi, salah satunya bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bila aku sampai, tak ada sesiapa pun di kaunter pendaftaran. Korang buat apa? Korang makan duit rakyat, korang buat apa, korang kat mana? Berjam-jam aku kat situ, tiada seorang pun di kaunter,” katanya.

Tambah Mariam, sekitar jam 12 tengah hari dia meminta pegawai lain menghubungi kaunter untuk melihat sama ada pegawai yang bertanggungjawab berada di kaunter atau tidak.

Bagaimanapun, dia dimaklumkan kakitangan kaunter telah pergi berehat sedangkan cuti kerajaan bermula jam 1 pagi hingga 2 petang. Mariam kemudiannya pergi ke bangunan lain dan dapati penjawat kerajaan di situ masih duduk di kafeteria selepas jam 2.00 petang!

“Aku pergi satu lagi jabatan kerajaan, bangunan lain. Aku makan di situ dari jam 1 hingga 2 petang. Jam 2 petang, tiada seorang pun penjawat awam yang bangun untuk beredar atau pergi solat. Yang duduk di kafeteria itu, duduk saja sampai lebih jam 2 petang bersembang.

“Kenapa aku marah? Sebab kitorang bayar gaji kau untuk buat kerja. Bila kau pergi tempat shopping mall, yang private semua kau marah pula diorang tak bagi servis. Habis tu kau ni yang makan je, tak buat kerja, yang buat kerja sambil lewa tanpa amanah, satu hari mungkin kau kerja dua jam, tiga jam? Setiap jam,  tuhan akan tanya.

“Jangan khianat amanah itu, jangan khianat agama sendiri, negara sendiri, dan rakyat sendiri. Aku minta korang buat tanggungjawab korang. Itu sahaja dan tak minta lebih je. Jadi korang tak perlu bising, aku hanya minta korang jalankan tanggungjawab. Kalau korang rasa korang bertaqwa dan tuhan itu ada, korang akan buat.

“Sebab bila kita tahu tuhan sentiasa tengok kita, kita bekerja tuhan nampak, kita takkan buat benda-benda macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Perdana Menteri tampil menjawab dakwaan tersebut dan memaklumkan pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang aduan.

Video yang tular di laman TikTok

@marythehighnessthis is not for pekerja gomen je swasta jgk tp mostly perangai gini pekerja gomen. Yg dh bagus tu go on yg x blh improve. Sesama peringatan utk kita ♥️♬ original sound – cerita gitu gitu – mariam

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.