Connect with us

Semasa

Tak Masuk Akal! Netizen Terkejut Ada Upah Potong Ayam, Siap Ikut Kilo

Kenaikan harga barang terutamanya barang basah di negara ini sememangnya menimbulkan perasaan gusar di dalam hati kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun kerajaan mempunyai sebab tersendiri untuk menaikkan harga barang, cara ini dianggap membebankan rakyat. Dilihat ramai yang meminta kerajaan melakukan sesuatu supaya kenaikan harga dapat dikawal.

Sama seperti yang dikongsi oleh satu akaun Facebook ini pada Ahad lepas di mana dalam satu resit pembelian memaparkan perkhidmatan potong ayam sudah mula dikenakan upah!

Melihat pada resit pembelian individu tersebut, dia membeli udang putih seberat 1.27 kilogram (kg) dengan harga RM44.63 manakala seekor ayam segar seberat 4.06kg dengan harga RM36.18.

Yang langsung tidak boleh diterima dek akal ialah apabila harga upah potong ayam yang dikenakan kedai tersebut sebanyak RM1  sekilogram!

Disebabkan individu tersebut membeli ayam seberat 4.06kg, dia terpaksa membayar sebanyak RM4.06 kepada kedai tersebut seperti mana yang ditetapkan. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor pada Khamis lepas,

Gambar resit pembelian yang dimuat naik oleh Viral Media Johor ini sememangnya menarik perhatian ramai sehingga menerima ratusan kritikan daripada netizen!

Menurut orang ramai, mereka terkejut dengan tindakan yang tidak masuk akal ini yang kini telah mula berkuat kuasa di kedai-kedai yang lain juga.

Selain itu, ada juga yang berkongsikan harga upah potong ayam di tempat mereka lebih daripada RM1 sekilo! Dalam pada berdebat tentang isu tersebut, mereka malah mencadangkan masing-masing agar memotong ayam sendiri di rumah untuk lebih jimat.

 

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.