Connect with us

Luar Negara

Tak Mahu Bebankan Rakyat, Indonesia Pastikan Pemasangan RFID Secara Percuma

Sejak beberapa tahun ini, terma RFID semakin kerap menjadi sebutan. RFID bermaksud “Radio-Frequency Identification”.

Pada masa kini, Tag RFID wujud di dalam pelbagai bentuk termasuklah penggunaan RFID untuk membayar tol di lebuh raya dimana potongan wang dilakukan secara automatik ketika kereta dengan RFID Tag melalui scanner.

Cara sistem RFID merujuk kepada teknologi di mana data digital dikodkan dalam tag RFID atau “smart label“. Fungsinya  hampir sama dengan sistem barcoding kerana data dari label ditangkap oleh peranti (scanner) yang menyimpan data dalam pangkalan data.

Menurut laporan yang dibuat Wartakota, Kepolisian Negara Republik Indonesia mengumumkan bahawa pihak mereka akan memastikan setiap rakyat di negara itu mendapat pemasangan tag Radio Frequency Identification (RFID) secara percuma.

Selain itu, inisiatif tersebut diambil bagi memastikan orang ramai tidak terbeban dengan kos dasar baharu berkenaan.

Selain RFID, pengguna jalan raya juga dibenarkan menukar warna asas plat kenderaan mereka daripada hitam kepada putih secara percuma.

“Ini semua dilakukan tanpa membebankan rakyat, tanpa ada sebarang kos,” kata Pengarah Pendaftaran dan Pengenalan (Diregent), Brigedier Jeneral Yusri Yunus.

Sementara itu, dia meminta agar rakyat di negara terbabit kekal memberikan sokongan dan kerjasama yang baik berhubung pertukaran plat kenderaan. Rancangan itu juga masih lagi dalam tahap sosialisasi.

“Permohonan menukar warna nombor plat kenderaan dan pemasangan tag RFID akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan peringkat sosialisasi,” kata Yusri.

Tujuan plat kenderaan ditukar kepada warna putih ialah bagi melicinkan lagi proses kamera Electronic Traffic Law Enforcement (e-TLE) mengesan nombor plat dengan lebih jelas.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.