Connect with us

Politik

Syed Saddiq Tidak Mahu Main Politik Sewaktu Banjir, Tegas Fokus Bantu Rakyat

Di kala musim tengkujuh ini, heboh pula ramai pihak menyuarakan pelbagai pendapat akan tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan. Antaranya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

iospital phone repair gombak

Menerusi laporan Astro Awani, Syed Saddiq menyatakan bahawa pelan mitigasi banjir harus dibentangkan segera oleh pihak kerajaan.

Hal ini perlu dilakukan sebagai persiapan menghadapi bencana itu menjelang musim hujan nanti bagi mengelakkan perkara sama seperti tahun lalu berulang kembali.

“Kami tidak ingin bermain politik semasa banjir, contohnya di Baling, Kedah bukan sekali dua tetapi tiga kali dilanda banjir dalam tempoh masa yang singkat.

“Kita perlu fokus bukan untuk bertempur rebut undi PRU, tetapi bantu rakyat jika kita bergaduh rakyat yang menderita,” jelas beliau selepas selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Difahamkan, Syed Saddiq hadir memberi keterangan mengenai pembabitannya dalam perhimpunan tanpa permit, Nyawa Dulu Baru PRU yang telah diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo pada hari Sabtu yang lalu.

Terdapat tujuh individu yang dipanggil termasuklah imbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tengku, Lim Yi Wei; ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How dan ADUN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya telah mengesahkan bahawa keterangan seramai tujuh individu tersebut telah dirakam berhubung dengan perhimpunan itu pada hari Rabu.

“Tujuh orang kesemuanya kami panggil dan tiada lagi akan dipanggil berhubung perhimpunan itu. Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” ulas lanjut beliau mengenai kes berkenaan.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.