Connect with us

Viral

Suka Hati Tukar Telur Satu Papan Di Pasar Raya, Ramai Yang Sokong

Kalau pergi pasar raya membeli barang rumah, mesti kita selalu nampak bermacam-macam ragam manusia ketika memilih barang. Ada yang mengetuk-ngetuk buah untuk memastikan kualiti buah dan banyak lagi!

Ada yang berpendapat perkara sedemikian tak perlu dirisaukan atas dasar hak pengguna. Walau bagaimanapun, janganlah bertindak keterlaluan ketika berbelanja di pasar raya.

Persis seperti yang berlaku di Pulau Pinang beberapa hari lepas di mana seorang pengguna Facebook bernama Penang Kini telah memuat naik beberapa keping gambar mengenai perangai aneh seorang pembeli.

Kata individu tersebut, dia terserempak dengan seorang wanita yang juga pelanggan di sebuah pasar raya berkelakuan aneh. Bukan itu sahaja, katanya lagi wanita tersebut malah mengambil masa yang lama ketika berada di rak telur.

“Ketika di sebuah pasar raya masa duk cari barang dapur, aku terpandang seorang wanita di rak telur. Awat (kenapa) la lama sangat dia berada di kawasan tu?

“Apabila aku renung rupanya… masih ada pembeli seperti ini. Pilih daripada papan lain atas rak, main pilih tukar-tukar pula,” tulisnya di Facebook.

Individu berkenaan sempat mengambil beberapa keping gambar menunjukkan pelanggan wanita itu sedang leka memilih dan menukar telur di rak berkenaan.

Di ruangan komen, netizen menyuarakan pelbagai pandangan berbeza mengenai tindakan pelanggan berkenaan. Malah mereka berpendapat tidak salah bagi seorang pelanggan memastikan telur yang dibeli berada dalam keadaan baik serta menyifatkan wanita itu sebagai pengguna bijak.

Pun begitu, kita mesti tahu setiap jenis telur mempunyai harga yang berbeza mengikut gred.

Hantaran yang tular di laman Facebook

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.