Connect with us

Viral

Suami Tiada Kerja Asyik Bermain ‘Game’ Hingga Anak Kelaparan, Ibu Berniaga Terpaksa Bina Sangkar Untuk Anak

Buat suami isteri mahupun salah seorang daripada mereka yang bekerja sebagai peniaga pasti faham akan kesusahan menjaga anak-anak sambil berniaga.

Memang tak menang tangan kalau suami isteri tidak saling tolong-menolong dan berkomunikasi sesama sendiri dalam memantau anak-anak. Nak nak lagi anak yang masih kecil dan sedang membesar.

Di China, seorang ibu terpaksa mengurung anak lelakinya ketika berniaga di dalam sangkar yang dibuat sendiri. Sangkar tersebut dibina di bawah troli tempatnya berniaga.

Walaupun menyedihkan dan tidak sampai hati, itu sahaja pilihan yang wanita yang ingin dikenali sebagai Puan Li. Menurut Puan Li, suaminya tidak bekerja dan hanya bermain game sahaja sepanjang hari sehingga mengabaikan taggungjawabnya sebagai bapa.

Bukan hanya ketagih bermain game dan tidak boleh diharap, anak lelaki mereka turut dibiarkan kelaparan jika Puan Li meninggalkan anaknya itu bersama suaminya ketika keluar berniaga.

Video yang memaparkan kisah sedih Puan Li dengan anaknya telah dimuat naik dan dikongsikan kepada orag ramai melalui platform YouTube. Ternyata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa penjual jelly ais di bandar Tongren, Guizhou ini.

Puan Li memberitahu media China, Jiu Pai News bahawa dia menghabiskan sekitar tujuh ke lapan jam sehari menjaga anaknya, mengakibatkan dia terpaksa membina sangkar dengan ruang yang cukup untuk anaknya bermain.

Tambahnya lagi, dia selalu akan ke pasar pada waktu pagi untuk berniaga di sana terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah untuk menjual manisan pula di belah petang.

“Inilah cinta seorang ibu kepada anak. Dia lebih rela lihat anaknya berada di depan mata walaupun berada dalam sangkar daripada dibiarkan tidak selamat di rumah. Pasti beliau turut rasa terkilan dengan tindakannya tetapi ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya,” tulis seorang pengguna media sosial, CP Lee.

Netizen yang melihat kehidupan Puan Li meluahkan rasa kasihan dan berharap agar ada pihak yang baik hati dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dipikul Puan Li ketika menjaga anaknya semasa keluar berniaga.

Video yang tular di YouTube

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.