Luar Negara
Stesen Schlump Di Jerman Ditukar Menjadi ‘Kuala Schlumpur’, Sempena Kempen Kesedaran Perubahan Iklim

Walaupun perubahan iklim merupakan salah satu isu besar dan membimbangkan masih ramai lagi yang kurang peka akan kesedaran mengenai perubahan iklim yang terjadi di dunia kini.
Oleh hal demikian, salah sebuah stesen pengangkutan awam di Jerman diberikan nama baharu Kuala Schlumpur bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang perubahan iklim yang berlaku.
Difahamkan, perbincangan mengenai pemanasan global ini sudah berlangsung lama, pelbagai inisiatif dan kesedaran yang cuba dipupuk.
Menurut Hamburger Verkehrsverbund (persatuan pengangkutan Hamburg yang menyelaras pengangkutan awam), suatu keunikan telah dibuat dengan menamakan beberapa stesen awam dengan beberapa tempat yang terkena impak pemanasan global.
Berdasarkan laporan tempatan NDR, Hamburger Verkehrsverbund (HVV) telah melakukan tindakan menukar nama hentian bas dan stesen metro dengan nama ibu kota di negara yang beriklim panas.
Hal ini dilakukan beliau sebagai usaha untuk menarik perhatian orang ramai mengenai perubahan iklim yang dilanda dunia.
Dikatakan, stesen metro yang terlibat ialah stesen Schlump, yang diambil sempena nama Kuala Lumpur dan ditukar menjadi Kuala Schlumpur.
Jurucakap HVV turut memaklumkan bahawa peningkatan paras laut, kemarau yang panjang dan iklim panas yang melampau juga memberikan kesan kepada Hamburg dan tempat-tempat lain di sekitar Jerman.
Dengan itu, walaupun gerakan menukar nama stesen hanya untuk 3 hari sahaja, ia merupakan sebahagian daripada usaha bagi memupuk kesedaran masyarakat.
Antara stesen lain yang terlibat dalam kempen perubahan iklim tersebut ialah Balearenfeld (Bahrenfeld), Seychellingen (Stellingen), Havannerbrook (Hammerbrook), Mallermöhe (Allermöhe), Saharalandstraße (Saarlandstraße), São Pauli (St. Pauli), S Casablankenese (S-Bahn Blankenese), Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn) , U Mümmelmannbeach (Mümmelmannsberg) dan Schenefelder La Paz (Schenefelder Platz).
Sementara itu, sebuah Persidangan Perubahan Iklim yang dikelolakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tahun 2022 sedang dilangsungkan di Mesir.
Persidangan Perubahan Iklim itu diadakan di semua peringkat masyarakat termasuk ahli politik dan pemimpin dunia mengenai langkah seterusnya dalam perang mengatasi pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia.
Dengan adanya pertemuan ini, negara-negara terlibat akan diminta untuk mengemukakan perancangan mereka dalam melawan perubahan iklim, lapor BBC.
Di samping itu, persidangan ini turut menumpukan kepada tiga bidang utama iaitu mengurangkan pelepasan, membantu negara membuat persediaan dan menangani perubahan iklim serta mendapatkan sokongan teknikal dan pembiayaan untuk negara membangun.