Connect with us

Semasa

SPRM Tahan Guru Besar & Pemuda, Dakwa Salah Guna Kuasa Serta Pemberian Rasuah

Kes rasuah bukanlah suatu perkara baharu yang kita dengar. Kes jenayah kolar putih ini sememangnya berlaku sama ada di luar negara, mahupun di negara kita sendiri.

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang guru besar yang menyalahgunakan kedudukan beliau.

Menurut sumber, guru besar di salah sebuah sekolah pendidikan khas di Alor Setar telah ditahan bagi membantu sisasatan terhadap kes salah guna kedudukannya itu untuk memberi barang sekolah.

Wanita selaku guru besar yang berusia 52 tahun itu telah ditahan pada hari semalam kira-kira pada jam 1:27 petang ketika hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut di Pejabat SPRM cawangan Sungai Petani.

“Pada 2019 hingga 2021, individu berkenaan disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan melakukan pembelian barangan sekolah melalui dua syarikat miliknya sendiri, yang didaftarkan atas nama dua anak lelaki berusia 33 dan 31 tahun.

“Anggaran nilai sebut harga yang terlibat sebanyak RM 22,640. Wanita tersebut telah dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM 10,000 tanpa deposit kerana perlu menjaga suaminya yang sedang uzur di rumah,” terangnya.

Dalam pada itu, SPRM juga menahan seorang pengganggur bagi membantu siasatan terhadap kes menawarkan dan memberi rasuah kepada seorang pegawai polis.

Berdasarkan kenyataan sumber, lelaki berusia 26 tahun itu telah ditahan oleh pihak SPRM kira-kira pukul pada jam 1:45 petang semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Difahamkan, suspek telah didakwa atas kesalahan menawarkan dan memberi seutas rantai leher kepada seorang pegawai polis berpangkat Sub Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah.

“Rantai leher bernilai kira-kira RM4,500 itu dipercayai diberikan kepada Sub Inspektor berkenaan sebagai dorongan supaya pegawai tersebut melepaskannya dari tahanan,” jelas sumber.

Sebelumnya, suspek telah ditahan polis di sebuah hotel kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Dikatakan, siasatan terhadap suspek dilakukan di bawah Seksyen 39a(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelas sumber, suspek telah dilepaskan dengan jaminan RM 3,000 melalui seorang penjamin.

“Suspek bagaimanapun ketika ini masih berada dalam tahanan lokap polis, kerana masih disiasat bagi kesalahan memiliki dadah,” ulas lanjut sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap telah mengesahkan mengenai penahanan kedua-dua individu tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kedua-dua kes itu masih dalam siasatan.

“Siasatan terhadap guru besar wanita itu dibuat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, manakala kes melibatkan penganggur yang merasuah polis itu disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta sama,” terangnya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.