Connect with us

Semasa

Sorakan 63,000 Penonton Antara Punca Skuad Harimau Malaya Kalah Dengan Bahrain – Menteri

Kekalahan 1-2 yang diterima oleh skuad Harimau Malaya kepada Bahrain Sabtu lalu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kekecewaan buat penyokong sukan bola sepak tanah air.

Atas kekalahan tersebut, selain berpunca daripada cuaca yang kurang baik ramai yang turut meletakkan salah kepada penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Pun begitu, Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu tampil mempertahankan Farizal dan mengatakan sorakan 63,000 penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi faktor pemain negara hilang fokus.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu tampil mempertahankan Farizal dan mengatakan sorakan 63,000 penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu juga menjadi faktor pemain negara hilang fokus.

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

“Jadi kalau hendak kata kekalahan disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” katanya.

Mengulas lanjut tentang Farizal, beliau berkata jasa penjaga gol negara itu perlu dikenang kerana mustahil  pemain berkenaan sengaja inginkan pasukannya gagal dalam perlawanan.

“Pada saya, sudah banyak jasa Farizal sebagai penjaga gol negara. Kesilapan yang berlaku dan seharusnya kita lebih belajar, bukannya menuding jari hingga dapat merosakkan beliau sebagai atlet,” katanya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.