Connect with us

Politik

Sidang Parlimen Diadakan Hari Ini, Fokus Pada Isu Sindiket Penipuan Pekerjaan

Persidangan parlimen diadakan bagi membincangkan masalah yang berlaku dalam negara. Oleh itu, persidangan parlimen ini dibuat bagi mencari penyelesaian atau usaha pihak-pihak tertentu bagi mengatasi masalah tersebut.

iospital phone repair gombak

Memetik laporan Harian Metro, pada hari ini akan topik mengenai tindakan yang diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditipu dan diculik sindiket penipuan pekerjaan terutamanya di rantau Asia Tenggara akan menjadi fokus dalam persidangan Dewan Rakyat.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman sesawang rasmi Parlimen, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengajukan soalan itu selain tindakan pencegahan yang diambil kementerian tersebut dan Kedutaan Malaysia bagi membanteras kegiatan itu diajukan semakin berterusan kepada Menteri Luar pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Difahamkan, soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) turut tersenarai dengan meminta Menteri Kewangan mengenai sama ada satu krisis kewangan sedang terbentuk.

Hal ini demikian kerana nilai Ringgit Malaysia jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), serta kadar inflasi dan hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Manakala dalam sesi soal jawab pula, Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) akan mengemukakan soalan berhubung dengan usaha yang dilaksanakan oleh kementerian Menteri Pengangkutan untuk mengawal dan memantau harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan semakin mahal pada kebanyakan masa dan harganya yang tidak berpatutan.

Selanjutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pula meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar memaklumkan prestasi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dalam menangani kenaikan kadar inflasi keseluruhan yang meningkat kepada 4.4 peratus dan inflasi makanan kepada 6.9 peratus pada bulan Julai 2022 sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM).

Selain daripada itu, Dewan Rakyat dijangka bakal tertumpu kepada pembentangan Rang Undang-Undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022; Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022 untuk bacaan kali kedua.

Bukan itu sahaja, pembentangan untuk bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok (Pindaan) 2022 (Dalam pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Khas), selain Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2022 serta Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 turut disenaraikan.

Sekadar info, persidangan Dewan Rakyat pada kali ini berlangsung selama 32 hari bermula pada 3 Oktober hingga 29 November.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.