Connect with us

Viral

“Siapa yang tak percaya wujudnya sihir, murtad” Ustaz Kazim Bidas Individu Mempersoalkan Penyakit Misterinya

Seperti yang kita tahu kini penceramah bebas Ustaz Kazim Elias atau nama sebenarnya Datuk Ustaz Kazim Elias Al-Hafizs sedang bedepan satu penyakit misteri yang menyebabkan bengkak pada bahagian betis dan kaki kirinya sehingga tidak dapat berjalan dan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutamanya bahagian mata dan bibir.

“Siapa yang tidak mempercayai ilmu sihir, maknanya dia menolak al-Quran, dosa besar dan jatuh murtad.” ujarnya.

Bagitulah ucapan ayat ringkas yang diberikan oleh Ustaz Kazim selepas beberapa individu mempersoalkan tindakannya apabila tampil bercerita kepada umum tentang keadaan dirinya yang menjadi mangsa sihir sejak tahun 1997.

Menurut individu tersebut, adalah tidak wajar golongan agamawan sepertinya untuk mempercayai percaya perbuatan sihir.

“Tak sangka, seorang ustaz boleh percaya disihir, aku yang jahil ini 100 peratus tak percaya,” komen seorang individu.

Menyelar kata-kata individu itu, Ustaz Kazim menjelaskan perbuatan sihir telah dijelaskan di dalam Al-Quran serta hadis dan kewujudannya adalah benar.

“Siapa yang tak percaya adanya sihir, kafir, kerana perkara itu disebut oleh Allah dalam al-Quran,” katanya.

Continue Reading

Copyright © 2022 RakyatNow Media.